... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 20, 2017

Bengkel Teknik Menjawab UPSR Bagi Matapelajaran Bahasa Inggeris

Pada 20 Mac 2017 telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun 6. Ini merupakan usaha Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Unit Peningkatan Kecemerlangan UPSR. Objektif bengkel adalah seperti berikut:
  • Memahami format kertas dan bentuk soalan Bahasa Inggeris yang terkini.
  • Mengenalpasti kaedah dan teknik terbaik dalam menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris.
  • Meningkatkan motivasi dan keyakinan menjawab soalan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahun 6.
Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah En. Muhammad Hazwan Bin Kayun yang merupakan Guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman mengajar selama 10 tahun. Beliau telah memberikan tip-tip menjawab kertas Bahasa Inggeris pemahaman dan penulisan. Satu bengkel yang penuh dengan informasi terkini serta berguna kepada murid- murid. 






Slot Bengkel bersama murid-murid.

Penyerahan Cenderahati Oleh Pn. Noriza Selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris.  Thank you sir...

No comments:

Post a Comment