... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 27, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 27 Mac 2017
Hari      : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis : Guru  - Puan Noor Hayati Binti Yusof
                             Murid - Adik Amirah Qistina bt Azmi
Senarai Guru bertugas :
1. Noor Hayati Binti Yusof
2. Ahmad Musrizuan Bin Daud
3. Nurhayati Binti Mohamed Nor
4. Norazian Binti Mat Anuar
5. Siti Rabiah Binti Mohammad
6. Julaili Binti Onian
7. Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
8. Nik Kamisah Binti Abd Aziz


Laporan / Ulasan :
  1.  Perhimpunan sesi pagi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku,  Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Adik Hanis Syafiqah bt Mohd Rashidi.
  2. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn Noor Hayati Binti Yusof
      4. Perkataan lawad minggu ini.
          Bahasa Melayu : dwifungsi = dua tugas
          Bahasa Inggeris : plants = tumbuhan
          Arab : Maktabatun = perpustakaan

      5. Tajuk ; Mengamalkan senaman
  •           Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang kali scara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.
  •           Kelebihan senaman
                   -  Meningkatkan kekuatan dan daya tahan
                   -  Mencapai berat badan unggul
                   -  Meningkatkan kecergasan fizikal
                   -  Mengawal tekanan darah
                   -  Mengawal keseimbangan makanan

        6. Sambutan meraikan kejayaan adik Muhammad Ashraf bin Azmi atas kejayaan membantu pasukan Selangor menjadi Johan dalam kejohanan kriket MSSM 2017.




         7. Ucapan YDP PIBG Tn. Hj. Khairul Azhar
             Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa adik Muhammad Ashraf. Tahniah diucapkan atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah. Sokongan ibu bapa dan guru penting untuk mencapai kejayaan.


         8. Ucapan GB Pn.Rohaidah
             Ucapan tahniah di atas kejayaan adik Muhammad Ashraf kerana telah menjadi penyelamat semasa Kejohanan Kriket MSSM tempoh hari. Tahniah juga kepada guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih murid-murid kriket.

             Perhimpunan tamat jam 8.15pagi.

No comments:

Post a Comment