... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, March 24, 2017

Tahniah Selangor Juara Kriket MSSM 2017!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat pasukan Selangor yang telah berjaya menjadi Johan Kriket MSSM U12 dan U18 seterusnya dinobatkan selaku Juara Keseluruhan dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan di beberapa lokasi dan venue.
   Kejayaan ini turut dikongsi oleh SKTPP kerana anak murid SKTPP; Muhammad Ashraf bin Azmi, 6 Uranus merupakan salah seorang daripada pemain team U12 Selangor. Lebih manis apabila Ashraf beberapa kali menjadi wira atas prestasi yang ditunjukkan terutama di saat-saat genting yang mendebarkan. Seluruh pemain dan pegawai menangis kegembiraan apabila Ashraf bertindak selaku hero dan penyelamat dalam game-game awal. Syabas Ashraf! Kami amat berbangga dengan pencapaian Ashraf. Semoga Ashraf akan lebih berjaya dalam bidang sukan kriket ini pada masa depan dan seterusnya akan mengharumkan nama sekolah kita di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Suasana hari terakhir MSSM 2017...













Tahniah buat Ashraf serta coach; Cikgu Izwan

No comments:

Post a Comment