Friday, March 10, 2017

Kursus Asas Sahabat PPDa 2017

Alhamdulillah, Unit PPDa SK Taman Putra Perdana berjaya menganjurkan Kursus Asas Sahabat PPDa yang telah berjalan dengan lancar pada hari ini. Kursus ini dimulakan dengan Ceramah "Komunikasi Berkesan" yang disampaikan oleh Encik Muhammad Afandie bin Yahaya. Kursus yang  berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa. 

Antara objektif kursus ini ialah: 
1) Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
2) Memperkasakan kemahiran berkomunikasi yang betul dalam kalangan sahabat PPDa.
3) Mempertingkatkan softskill sahabat PPDa.

Setelah selesai ceramah selama dua jam, kursus ini diteruskan dengan simulasi di Bilik PPDa. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan serta ketrampilan diri semasa menyampaikan maklumat. Semoga anak-anak murid yang terpilih sebagai Sahabat PPDa ini telah mendapat ilmu yang berguna dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi samada untuk kegunaan seharian mahupun untuk digunakan semasa bertugas sebagai jurucakap di Bilik Sumber PPDa serta semasa ditanya berkaitan PPDa oleh para pelawat dan rakan-rakan.

Gambar semasa kursus di Bilik Mesyuarat: 

Buku Program Kursus

Pengacara majlis, Pn Nor Arzah bt Hussin

Ucapan Guru Besar, Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Ceramah disampaikan oleh Encik Muhammad Afandie bin Yahaya

Sahabat tekun mendengar ceramah

Penyampaian cenderamata kepada penceramah

Bergambar beramai-ramai " Kami Benci DARVIH"

Penyampaian sijil kepada wakil sahabat

Gambar semasa simulasi di Bilik Sumber PPDa: 

Terminal Alkohol

Terminal HIV/AIDS

Kolam

Terminal Rokok

Balai Kesengsaraan

Disediakan oleh:
Pn. Nor Shuhada bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment