Wednesday, May 2, 2018

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat SekolahTahun 2018

Tarikh: 2 Mei 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Hakim Jemputan : YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah ini merupakan platform bagi memilih
pasukan kawad kaki yang mantap bagi mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki
daerah. Melalui pertandingan yang diadakan secara formal, murid-murid akan berlatih dengan baik dan serius. Ini memberikan mereka peluang untuk menonjolkan minat terhadap aktiviti kokurikulum.

MATLAMAT
  • Memberi pendedahan kepada ahli unit beruniform yang baru cara berkawad yang betul dan mencari bakat baru untuk mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki.

OBJEKTIF
  • Melahirkan semangat bekerjasama antara anggota kadet.
  • Mencungkil kemahiran berkawad di kalangan anggota.
  • Memilih pasukan yang akan mewakili pasukan unit masing-masing ke pertandingan Kawad Kaki antara unit-unit beruniform daerah Sepang Tahun 2018.

JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI

MASA
ATUR CARA
2.00 – 2.15 petang
Pasukan bersiap sedia
2.15 – 2.30 petang
Taklimat ringkas oleh En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (Ketua Hakim)
2.30 – 3.45 petang
Pertandingan dijalankan
3.45 – 4.00 petang
Majlis Penyampaian Hadiah
4.00 petang
Bersurai


Paparan gambar sepanjang program dijalankan:-

Murid-murid yang terlibat sedang bersiap sedia 





Para juri yang menghakimi pertandingan kawad kaki


Murid-murid berada di Dewan Perdana sebagai penonton




Kawad kaki - Pandu Puteri Tunas



Kawad kaki - Persatuan Bulan Sabit Merah



Kawad kaki- Pengakap



Kawad kaki - Tunas Kadet Remaja sekolah



Persembahan Senaman Sihat dari Kelab Doktor Muda





Guru-guru menyediakan minuman untuk semua murid-murid





Acara penyampaian hadiah Program Kawad kaki







Pemenang tempat ke-5 - Pengakap
Pemenang tempat ke-4 - Pandu Puteri Tunas
Pemenang tempat ke-3 - Persatuan Puteri Islam
Pemenang tempat ke-2 - Persatuan Bulan Sabit Merah
Pemenang tempat pertama - Tunas Kadet Remaja Sekolah

No comments:

Post a Comment