Monday, May 21, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Sesi Petang Minggu ke 20


Hari    : Isnin
Tarikh : 21 Mei 2018
Masa   : 1.20 petang hingga 2.30 petang

Guru Bertugas :
1. En. Nor AmirulFitri b Othman
2. Pn. Nur Azizati bt Ahmad
3. Pn. Nur Malisha bt Omar
4. Cik Zalina bt Ismail
5. Pn. Rohani bt Mansor
6. Pn. Nor Athirah Amani
7. Pn. Zabedah bt Othman

Guru - guru bertugas pada minggu ini.

Laporan Perhimpunan :

Pengacara Majlis : Cik Zalina bt Ismail

1. Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy (3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh Cik Zalina bt Ismail.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Damia Batrisya (3 Intelek).
Nyanyian Lagu - lagu; Negaraku, Negeri Selangor , Sekolah dan Aku Negaraku.

Bacaan doa oleh Adik Rayyan Hayy.

Bacaaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Zalina.

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Damia Batrisyia.

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Aizil Hasyimi b Abdul Rahman)
  • Murid dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan bertenang terutama semasa bulan Ramadan. 
  • Murid diminta supaya tidak mencuri atau mengambil barang yang bukan kepunyaan mereka.
  • Kebersihan di dalam kelas juga semakin memuaskan. Tahniah untuk semua! Diharapkan semua murid mengambil berat tentang pentingnya mengamalkan kebersihan di mana - mana sahaja.
Nasihat untuk murid oleh En. Aizil.

3. Lawad
  • BM : Menguli = Meramas
  • BI   : Lake = Tasik
  • BA : Mualimun = Guru Lelaki

4. Tema Ucapan (Cik Zalina bt Ismail)
  • Tema : BUDAYA MEMBACA
  • Untuk menambah ilmu pengetahuan.
  • Di sekolah , ada banyak program galakan membaca seperti Program NILAM, 5 Minit Membaca dan lain - lain.
  • Ambillah peluang untuk membaca buku kerana melalui pembacaan, kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang luas.

5. Majlis Perasmian Jom Dakwah dan Ihya Ramadan Sesi Petang 2018
  • Objektif Program
  1. Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
  2. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
  3. Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
  4. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
  5. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang mengamalkan tata cara hidup sebagai seorang muslim yang mengimarahkan bulan Ramadhan.
  • Program - program yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadan.
  1. Kuiz Cinta Rasul 
  2. Mari Membaca Al-quran
  3. Rawat Doa
  4. IQ Ramadan

Pengacara majlis, Ustaz Abd Hafiz.

Bacaan doa oleh Ustaz Hariz.

Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah.
Pn. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar


Guru Besar merasmikan Jom Dakwah dan Ihya Ramadan Sesi Petang 2018


"Bersedekah itu amalan mulia"


"Alhamdulillah"









Sepanduk Bulan Dakwah SKTPP 2018


#HayaBilArabiyyah
#CintaRasul
#KaryaDaieKreatif
#JomJadiBaik
#KempenTutupAurat
#QuranDihatiku
#StreetDakwahofPPDA


Bergambar kenangan AJK Program bersama Guru Besar, Pn Rohaidah dan Penolong Kanan Petang, Pn Jumilah.







No comments:

Post a Comment