Monday, May 14, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-19 (Sesi Pagi)

Tarikh : 14 Mei 2018
Hari : Isnin
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri)

SENARAI NAMA GURU BERTUGAS KUMPULAN C:

1. Puan Norlida Binti Othman

2. Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim

3. Puan Roseniza Binti Setapa

4. Puan Norli Binti Hassan

5. Puan Zailezah Binti Sardi

6. Puan Grace a/p Danaraj

7. Encik Ishak Shairazi Bin Mohd Sauzi

8. Puan Nur Murni Binti Abdullah

9. Encik Muhammad Dzarfan Bin Kamar Bahrin

10.Encik Zurilazman Bin Abdullah

Barisan guru bertugas (Kumpulan C) minggu ke-19

AGENDA PERHIMPUNAN:

1.  Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar :




 a) Nyanyian Lagu Negaraku , Lagu Selangor , Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku yang dipimpin oleh Adik Abby Nurul Elyana Binti Yahaya dari kelas 5 Kompang.

b)  Bacaan doa oleh Adik Muhammad Nashrul Hafiz Bin Shaifuddean.

c)  Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Roseniza Binti Setapa.

d)  Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Adik Nurin 'Adlina Binti Hassan.

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (7 Mei - 11 Mei 2018)


Laporan disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita Binti Enarji

a) Semua murid menunjukkan disiplin dan tingkah laku yang baik sepanjang minggu lepas.

b) Pertandingan Keceriaan kelas pada minggu lepas ditangguhkan kerana cuti sempena kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14.

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Ini (14 Mei - 18 Mei 2018)


Puan Roseniza Binti Setapa menyampaikan ucapan mengenai "Sekolahku Rumahku" 

3. 1   TEMA : "SEKOLAHKU RUMAHKU"

a)  Sekolah ialah tempat untuk belajar dan mengajar atau tempat untuk memberi dan menerima ilmu.

b)  Rumah ialah satu binaan yang dijadikan tempat tinggal.

c)  Oleh itu, rangkai kata "Sekolahku Rumahku" boleh diertikan sebagai tempat belajar dan menuntut ilmu yang dijadikan seumpama rumah sendiri supaya kelangsungan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan murid-murid gemar untuk datang ke sekolah.

d) Kita perlu menghargai sekolah seperti rumah kita. Contohnya kita mestilah bertanggungjawab dalam  menjaga harta benda sekolah, menceriakan kawasan sekolah serta menjaga kebersihan sekolah.

3.2   PERKATAAN LAWAD :

a)  Bahasa Inggeris : Laze →  bersantai

b)  Bahasa Melayu : Lut sinar → bahan yang membenarkan cahaya menembusinya dengan sempurna

c)  Bahasa Arab : Sifda'un →  katak

3.3  PENGUMUMAN :

a) Murid-murid yang berminat untuk menyertai Pertandingan "Best School, Best Teacher, Best Student" boleh menyertainya melalui blog sekolah.

b) Aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu (16 Mei 2018) adalah ditangguhkan.

c) Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada hari Selasa (15 Mei 2018). Oleh itu semua murid akan hadir pada sesi pagi dan pulang pada jam 1.00 tengah hari.

4.  Ucapan Guru Besar (Puan Rohaidah Binti Mohd Ali)

 Puan Rohaidah Binti Mohd Ali menyampaikan ucapan dan memberi peringatan kepada murid-murid

a) Mengingatkan kepada semua murid supaya datang ke sekolah tepat pada waktunya.

b) Pada minggu lepas, sekolah kita telah dijadikan pusat mengundi. Proses pengundian telah berjalan dengan lancar.

c) Namun begitu, sekolah kita telah ditinggalkan dalam keadaan yang begitu banyak sampah sarap. Terima kasih diucapkan kepada semua pekerja pembersihan di atas komitmen yang begitu padu kerana bertungkus lumus dan bekerjasama membersihkan serta menyusun atur semula kerusi dan meja murid pada keesokan harinya walaupun cuti.

d) Hasil keputusan PRU Ke-14, negara kita telah mendapat kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan DAP.

e) Tahniah atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

g) Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri yang lalu; YB Dato Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abd. Razak atas jasa-jasa beliau.

f) Pada hari Selasa akan diadakan Sambutan Hari Guru. Semua murid dikehendaki hadir sesi pagi sahaja dan pulang pada jam 1.00 tengah hari. Murid-murid digalakkan dan tiada paksaan untuk memberi hadiah kepada guru.

g) Pada hari Rabu, kegiatan kokurikulum adalah ditangguhkan manakala pada hari Khamis sekolah kita akan bercuti peristiwa sempena Awal Ramadan.

h) Beliau mengingatkan kepada semua murid bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 akan bermula pada 23 Mei 2018 - 25 Mei 2018 bagi subjek elektif iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Bahasa Tamil, P.Agama Islam, TMK, RBT, Jawi dan Sejarah. Manakala bagi subjek teras pula akan bermula pada 28 Mei 2018 - 1 Jun 2018. Murid-murid diharap membuat persediaan mengulangkaji.

i) Tahniah diucapkan kepada peserta Pertandingan Story Telling yang telah merangkul Naib Johan peringkat daerah Sepang, Pertandingan Action Song (Johan) dan Pasukan Kriket yang telah mendapat Johan dan Naib Johan semasa Kejohanan Kriket MSSD Sepang.

j) Pada tahun ini, sekolah kita sekali lagi akan mewakili daerah Sepang bagi Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor. Pada tahun lepas, sekolah kita telah memperoleh tempat ke-4. Proses menaiktaraf Ujana Ilmu akan dijalankan. Diharap semua guru dan murid dapat memberi kerjasama memantapkan lagi program Ujana Ilmu dan persiapan ke pertandingan tersebut.

k) Memandangkan sekolah kita telah mendapat Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan pada tahun 2017, dan masih aktif menjayakan program PPDa, difahamkan kemungkinan pihak Pemadam dan JPN Selangor akan menganjurkan Majlis Anugerah PPDa Negeri Selangor tahin ini di sekolah kita yang dijadualkan pada 5 Julai 2018.

l) Puan Rohaidah memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat seorang guru ganti iaitu Encik Mohamad Shafiqe Bin Mohd Najib yang akan menggantikan Puan Rafidah yang cuti bersalin.

Puan Rohaidah memperkenalkan guru ganti bagi Puan Rafidah iaitu
Encik Mohamad Shafiqe Bin Mohd Najib

Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.

Laporan disediakan oleh:

NURUL AFIQAH BINTI MOHD HASHIM

No comments:

Post a Comment