Thursday, May 31, 2018

Program Guru Penyayang: Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan dalam bulan Mei, 2018. Bulan yang menyaksikan hanya 16 hari sahaja murid-murid dan para guru hadir ke sekolah. Bulan yang memberikan lebih banyak peluang untuk murid-murid dan para guru berehat daripada mengikuti sesi persekolahan yang semakin mencabar. 

Walaupun menerima lebihan cuti yang tidak dijangkakan, para guru tetap terus bersemangat untuk menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah. Tiada istilah 'lemau' dalam hidup para guru. Kegembiraan anak murid lebih diutamakan walaupun dalam keadaan menahan lapar dan dahaga kerana semua guru dan murid Islam sedang berpuasa.

Bulan Ramadan bulan mulia,
Bulan menahan lapar dahaga,
Menyambut murid tak kira masa,
Murid tersenyum, guru gembira.






No comments:

Post a Comment