Tuesday, May 15, 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTPP 2018

Hum Tumhe Pyar Kartey Hae..
Haha..😅😅😅

Bagai berada di Bombay.. 
Atau di Madras kah ini?
Cantik dan tampan semua guru SKTPP.
😍😍😍😍
Tema Bollywood untuk sesi 2018.

Tahniah dan syabas semua warga SKTPP.
Sambutan Hari Guru yang sungguh meriah ini telah diadakan pada:
Tarikh: 15 Mei 2018, 29 Syaaban 1439H
Hari : Selasa
Masa: 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.
Tema 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Wah..ceria sungguh suasana hari guru di SKTPP.
Lihat di bawah, antara gambar-gambar guru memperagakan pakaian bertemakan bollywood.


Barisan pengawas sekolah yang bersedia untuk menyampaikan hadiah kepada guru- guru.




Persembahan koir oleh murid- murid perempuan tahun 4 dan 6.

Barisan guru pentadbir bersama guru- guru SKTPP.

Majlis bermula jam 7.45 pagi dengan perarakan guru- guru masuk ke dewan Perdana SKTPP. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, bacaan doa, ucapan guru besar Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali dan ucapan Naib Yang Dipertua PIBG En. Ibrahim bin Rahman.

Persembahan murid-murid memeriahkan lagi majlis. Persembahan koir oleh murid-murid tahun 4 dan 6 serta deklamasi sajak oleh adik Aishah tahun 5.

Majlis diteruskan dengan ikrar guru- guru SKTPP, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah hari guru dari Kelab Kebajikan Guru dan kakitangan kepada semua guru. Murid-murid juga berpeluang bertemu dan bermesra serta memberikan hadiah kepada guru- guru masing.

Pelbagai acara sukaneka juga dijalankan untuk semua guru. Acara berkumpulan mengikut kumpulan bertugas mingguan menjadikan hubungan dan kasih antara guru-guru bertambah erat.

Puan Guru Besar menyampaikan hadiah sukaneka kepada guru.



Sukaneka guru mengeratkan silaturrahim.



Guru-guru memstikan PA System berfungsi dengan baik.

Terima kasih NYDP PIBG atas kehadiran mewakili warga ibubapa menyambut Hari Guru.




Terima kasih cikgu... murid memberi hadiah hari guru.

Sedia...untuk sukaneka.

Guru bertugas PA System

Alhamdulillah,
Majlis Hari Guru 2018 buat warga SKTPP berjalan dengan lancar dan meriah sekali.
Kenangan manis ini akan terus menjadi suntikan semangat dan motivasi guru-guru untuk terus menabur jasa kepada anak bangsa. 
Walau payah dan sukar dilalui, guru-guru tetap ceria dan bersemangat mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya.
Maka tercapailah falsafah pendidikan malaysia untuk melahirkan manusia yang berjaya serta memberi manfaat, serta jadilah guru-guru itu sebaik manusia kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat untuk dirinya dan orang lain.

Salam hari guru 2018.

Disediakan oleh,
Pn. Norziani Bt Zubir

No comments:

Post a Comment