Wednesday, May 2, 2018

Program Guru Penyayang: Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid (April 2018)

Bulan April telah melabuhkan tirainya,
Bulan Mei kini menjelmakan wajahnya.

Menginjak ke pertengahan tahun, para guru penyayang SK Taman Putra Perdana makin memperhebatkan aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid pada setiap sesi. Aktiviti ini diadakan sebagai tanda penghargaan guru kepada murid-murid yang hadir ke sekolah. Ia juga merupakan satu wadah kasih sayang guru kepada semua murid.

Murid disambut,
Senyum bertaut.

Murid-murid yang hadir ke sekolah akan disajikan dengan ucapan penghargaan dan tahniah kerana berjaya meloloskan diri daripada sikap malas. Mereka juga akan dihadiahkan dengan iringan doa daripada para guru agar terus bersemangat meneruskan sesi persekolahan dan menimba ilmu yang barakah. 

Semoga aktiviti ini akan meningkatkan meter kerajinan murid-murid untuk sentiasa hadir ke sekolah. 

Murid disayang,
Guru terbilang.

Sedikit paparan gambar sekitar aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid sepanjang bulan April yang lalu.









No comments:

Post a Comment