Wednesday, May 19, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru 2010 (sesi petang)


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi guru-guru sesi petang telah diadakan pada hari Selasa (18 Mei 2010), anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKTPP.

Majlis bermula jam 1.30 petang . Terdahulu, guru-guru dijamu di kantin sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis sambutan sesi petang.
































Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (ribut dan hujan lebat), sambutan terpaksa dihentikan pada jam 3.00 petang. Berikutan itu, acara cabutan bertuah untuk guru-guru telah ditunda ke satu tarikh yang lebih sesuai kelak manakala acara sukaneka guru terpaksa dibatalkan.

Murid-murid diarahkan pulang ke kelas diiringi guru mata pelajaran masing-masing.



Namun demikian, kerjasama semua guru amat dihargai walaupun majlis hanya berlangsung dalam masa yang singkat.
















No comments:

Post a Comment