Monday, May 17, 2010

Laporan Perhimpunan Mingguan

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 7.45 - 8.20 pagi
Guru Bertugas : Puan Norlida (K)

: Puan Rubiaton

: Puan Jamilah

: Puan Hastipa

: Puan Maimunah

: Encik Norizmi

Laporan perhimpunan:

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.

2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Astina.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Maimunah dan Ikrar Murid oleh Penolong ketua pengawas.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

4.1 Puan Norli melaporkan mengenai masalah murid tahun 1 yang berkeliaran di kawasan dataran perhimpunan semasa rehat. Ada murid yang bermain di kawasan bahaya seperti longkang yang berada di kawasan kabin.

4.2 Kebersihan sekolah pada minggu lepas tidak memuaskan.

4.3 Beliau juga membuat pengumuman kelas terbersih untuk minggu lepas :

Tahun 1 - Kelas 1 Putra

Tahun 5 - Kelas 5 Alamanda

Tahun 6 – Kelas 6 Aurum

5. LAWAD

Puan Rubiaton membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.

BM – MENGELAT

BI – TEACHER

ARAB – KHOMSATUN (5)

6. Ucapan Puan Shymala

Puan Shymala mengumumkan ada aktiviti kokurikulum pada minggu ini, iaitu aktiviti Unit Beruniform.

Beliau juga meminta semua murid memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing. Murid yang belum membeli, diminta membelinya.

7. Ucapan Puan Norlela

7.1 Beliau menegur murid-murid yang memakai pakaian sukan selain dari baju sukan sekolah semasa aktiviti Pendidikan jasmani. Ada juga murid lelaki yang memakai seluar pendek. Perkara ini adalah menyalahi peraturan sekolah.

7. 2 Puan Norlela juga mengumumkan nama-nama tangga mengikut nama institusi pengajian tinggi yang terdapat di negara kita.

UTM – Tangga di depan bilik Kaunseling

UPM – Tangga ke pejabat sekolah

USM – Tangga untuk murid Tahun 6

UKM – Tangga untuk murid Tahun 5

UUM – Tangga untuk murid Tahun 1

7.3 Puan Norlela juga mengumumkan mengenai sambutan Hari guru yang akan dijalankan esok 18 Mei 2010. P&P tidak akan dijalankan dan murid tidak perlu membawa buku ke sekolah. Surat edaran telah pun diberikan pada hari Jumaat lepas.

8. Pengumuman guru-guru lain.

8.1 Puan Norhafiza mengumumkan mengenai hari terakhir pembayaran untuk menyertai Program Motivasi menuju puncak kecemerlangan bagi tahun 5, iaitu pada 19 Mei 2010. Bayaran boleh diberikan kepada beliau di bilik kaunseling.

8.2 Puan Rubiaton

8.2.1 mengumumkan mengenai kelas tambahan malam untuk murid tahun 6 pada minggu ini dibatalkan. Mulai 25 Mei, kelas ini akan dijalankan pada hari Selasa dan Rabu pukul 1.30 – 3.30 petang, mengikut kelas-kelas khas yang telah ditetapkan. Surat edaran telah diberikan pada hari Jumaat lepas. Kepada yang belum dapat, sila berjumpa dengan beliau di Bilik Komputer 1.

8.2.2 Peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun 6 hanya untuk mata pelajaran elektif (bukan subjek UPSR) sahaja. Tetapi Ujian Percubaan UPSR kali ke-2 akan dijalankan pada 1 – 3 Jun 2010.


Perhimpunan tamat pada pukul 8.20 pagi.

No comments:

Post a Comment