Monday, May 10, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

Hari : ISNIN
Tarikh : 10 MEI 2010
Masa : 7.40 – 8.30 pagi

Guru Bertugas :
En Tarmiji b Sabali
En Saifullah b Mat Saupi
Pn Norli bt Hassan
Pn Rosmawati bt Mat Desa
Pn Norazura bt Muhammad Asir
Pn Norjhan bt Kader Ibrahim
Pn Norhafiza bt Ismail (Menggantikan Pn Juli)

Laporan/Ulasan
1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah

2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( Pn Zaleha )
4.1. Murid-murid hendaklah bersarapan pagi sebelum datang ke sekolah
4.2. Kebersihan tandas hendaklah diutamakan untuk kemudahan kepada semua murid
4.3. Elakkan dari mengejek kawan-kawan kerana tabiat tersebut tidak mendatangkan faedah.

5.Ucapan Guru Bertugas : (En Saifullah )
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Murid-murid diingatkan supaya mengutamakan kebersihan walau di mana sahaja berada
5.3 Peringatan kepada semua murid agar menukar pakaian Pendidikan Jasmani sebelum waktu rehat berakhir. Murid-murid Tahun 1 diminta mengingatkan ibu bapa untuk menyertakan uniform sekolah

6. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : MUAFAKAT
Bahasa Inggeris : UNDERSTANDING
Bahasa Arab : MUA’FIQ

7. Ucapan Guru Besar (En Sukimin B Juki)
7.1 Tema minggu ini – Kesopanan Dan Kesusilaan
Guru Besar menekankan kepada semua murid supaya mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Penerapan nilai tidak hanya disampaikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sahaja, malah guru-guru setiap mata pelajaran akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam mata pelajaran yang diajar.

7.2 Teguran Salah Laku Mengejek Rakan
Murid-murid diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan mengejek rakan kerana perbuatan ini tidak menghargai maruah orang lain. Perbuatan negatif ini mungkin akan mendatangkan kemarahan kepada mangsa yang diejek sehingga boleh menimbulkan tindakan yang di luar kawalan.

7.3 Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Elakkan dari berbohong kerana bermula dengan tingkah laku tersebut boleh mengundang kepada perbuatan yang lebih negatif seperti mencuri dan sebagainya.

7.4 Menghormati Guru
Murid-murid Tahun 6 ditegur kerana tidak menghormati guru-guru yang datang untuk mengajara kelas tambahan malam walaupun pengorbanan yang dibuat oleh guru-guru tersebut untuk kebaikan dan kecemerlangan mereka.

7.5 Penggunaan Beg Plastik
Satu perkembangan yang sihat dan membanggakan kerana penggunaan beg plastik di kawasan sekolah semakin berkurangan. Semua murid dan guru digalakkan supaya membawa bekas sendiri dan tidak membawa makanan keluar dari kawasan kantin

7.6 Buku Catatan
Penggunaan buku catatan ditekankan semula walau di mana sahaja murid-murid dan guru-guru berada supaya pesanan dan perkara yang hendak dilakukan dapat diingat pada bila-bila masa.

7.7 Kuiz Mingguan
Rentetan dari penggunaan buku catatan, satu kuiz mingguan akan dilaksanakan oleh guru yang bertugas untuk mengimbas kembali apa sahaja pesanan dan perkataan LAWAD yang pernah dinyatakan

No comments:

Post a Comment