Wednesday, May 19, 2010

Laporan Perhimpunan Mingguan (sesi petang)

Tarikh : 17 Mei 2010Masa : 6:00 ptg - 6:30 ptg Guru Bertugas : Puan Norhayati (K)
: Puan Arrny Yusnita
: Puan Nurrulhuda
: Puan Fadhilah
: Puan Kwa Jin Nee
: En. Ahmad (Cuti tanpa gaji)
: Puan Grace
Laporan perhimpunan:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Salmi.
3. Bacaan ikrar tidak dapat dijalankan kerana hujan telah turun dan murid dipindahkan ke dewan terbuka.
4. Ucapan guru bertugas, Puan Fadhilah :
4.1 - Kelas terbersih pada minggu lepas:

Tahun 2 - Kelas 2 Jelutung
Tahun 3 - Kelas 3 Tiung
Tahun 4 – Kelas 4 Windows

4.2 - Bagi pertandingan Kitar Semula untuk bulan April ialah :

Tempat pertama : Kelas 4 Linux ( 7.6 kg )
Tempat Kedua : Kelas 3 Nuri ( 5.5 kg )
Tempat Ketiga : Kelas 2 Resak ( 3.8 kg)

5. LAWAD
Perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – MENGELAT
BI – TEACHER
ARAB – KHOMSATUN (5)

6.Ucapan Puan Siti Hanim

6.1 Puan Siti Hanim mengumumkan ada aktiviti kokurikulum pada minggu ini, iaitu aktiviti Unit Beruniform.Beliau juga meminta semua murid dan guru memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing.
6.2 Visi dan Misi sekolah telah ditukar kepada yang baru yang boleh dilihat di bahagian depan dataran sekolah iaitu :
Visi : Melahirkan insan yang berilmu seimbang dan harmonis.
Misi : Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
6.3 Beliau juga mengingatkan murid -murid supaya dapat menjaga disiplin terutama semasa waktu rehat dengan tidak berlari-lari terutamanya di bahagian dataran sekolah.
6.4 Murid-murid juga diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti vandalisme dan juga mencuri. Selepas cuti sekolah akan diadakan 'spot-check' berkaitan dengan disiplin murid.

Perhimpunan tamat pada pukul 6:30 petang.

No comments:

Post a Comment