... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 3, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE - 17 2010

Hari : ISNIN

Tarikh : 3 MEI 2010

Masa : 7.45 – 8.15 pagi

Guru Bertugas :

1. Pn. Zaleha

2. Pn. Mazzaini

3. Pn. Zainur Jimah

4. Pn. Nursyukri Hidayati

5. Pn. Ezza Hairani

6. En. Mohd Rusydan

Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas

1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah (Mohamad Amirul Hafiz bin Mohamad Abdul Jalil – 6 Titanium)

2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Penyampaian sijil kebersihan :

4.1 Tahun 1 : MYVI

4.2 Tahun 5 : LILY

4.3 Tahun 6 : KADMIUM

5. Ucapan Guru Bertugas : (Pn. Ezza)

5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini

5.2 Perkataan LAWAD hari ini :

Bahasa Malaysia : RASIONAL

Bahasa Inggeris : RATIONAL

Bahasa Arab : مَنْطِقِيٌّ (mantiqi’un)

6. Laporan Guru Bertugas minggu lepas : (En. Shahrizal)

· Menasihati semua murid Tahun 5 & 6 untuk segera beratur di dewan terbuka selepas loceng habis rehat dibunyikan dan bukannya masih berada di dataran dan kedai buku.

· Meminta kerjasama pengawas untuk memantau setiap kali loceng habis rehat dibunyikan.

7. Pengumuman-pengumuman :

7.1 Ucapan Guru Disiplin (Pn. Norlela)


· Meminta semua murid makan di kantin walaupun membawa bekal atau bungkusan makanan dari rumah. Murid tidak boleh melepasi kawasan kantin.

· Menasihati semua murid Tahun 1 supaya tidak menjerit apabila setiap kali loceng habis rehat dibunyikan dan meminta semua guru untuk memantaunya.

· Menasihati murid Tahun 5 & 6 untuk beratur di dewan terbuka apabila loceng habis rehat dibunyikan dan bukannya melengah-lengahkan masa.

· Vandalisme - merosakkan harta benda sekolah seperti basikal atau buku sekolah. Merosakkan harta benda orang lain merupakan salah laku disiplin.

7.2 Pengumuman lain (Pn. Ezza)

· Aktiviti kokurikulum unit beruniform pada hari rabu ini berjalan seperti biasa.

9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan : (Guru Besar - En. Sukimin bin Juki)

· Semua murid hendaklah mempunyai pegangan hidup yang betul dan memilih jalan yang baik bagi diri masing-masing. Murid perlu memastikan niat mereka ke sekolah adalah untuk belajar dan perlu memikirkan segala pengorbanan yang dibuat oleh ibu bapa.

· Jangan terjebak dengan aktiviti yang tidak elok terutama murid lelaki seperti vandalisme.

Gelombang kedua wabak H1N1 sedang menular dan semua murid diminta menjaga kebersihan diri di rumah dan di sekolah. Sekiranya murid tidak sihat seperti demam dan batuk, maklumkan kepada ibu bapa dan guru bagi mendapatkan rawatan segera.

No comments:

Post a Comment