Sunday, May 2, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS










Pada 28 April 2010 ( Rabu ), Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPP telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Ladang Dragon Fruit-Batang Benar Negeri Sembilan. Seramai 9 orang murid dan 3 orang guru telah terlibat dalam lawatan tersebut. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas dengan suasana masyarakat sekeliling mereka. Selain itu juga dapat melatih mereka untuk memupuk sikap bekerjasama, berdikari dan yakin diri. Apa yang kami harapkan semoga aktiviti tersebut memberi kesan yang bermakna kepada murid-murid pendidikan khas.

No comments:

Post a Comment