Saturday, July 3, 2010

Bengkel Kodu Kup


Pada hari ini 3 Julai 2010, telah dijalankan Bengkel Kodu Kup kepada 15 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 5 dan tahun 6. Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer 1 bermula 8.00 pagi - 2.30 petang.

Guru yang mengendalikan bengkel ini ialah Cikgu Rubiaton dan Cikgu Norliza.

Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk :

1. mendedahkan murid kpd penggunaan perisian Kodu (drpd Microsoft).
2. mencungkil bakat untuk menyertai pertandingan Kodu Kup antara sekolah2 di Malaysia.
(untuk maklumat lanjut sila ke http://www.kodukup.com/)
3. membina keyakinan murid mengaplikasikan teknologi ICT.
4. memupuk sahsiah positif (EQ), sikap kerjasama dan persaingan secara sihat.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa sesi bengkel berlangsung :


Sanjay (gambar atas) dan Raimi (gambar bawah)
sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberikan



Pembentangan oleh Yasmin dari 5 ALamanda - Pemenang untuk ciptaan terbaik


Penyampaian hadiah oleh Encik Sukimin Juki, guru besar SKTPP

Murid yang menyertai bengkel ini, perlu meneruskan usaha membina permainan untuk menyertai pertandingan yang diadakan di 3 buah negara iaitu Singapura, Australia dan Malaysia. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 20 Ogos 2010.

....Semoga Berjaya...

No comments:

Post a Comment