Monday, July 5, 2010

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 24

- acara menaikkan bendera oleh BSSM dan nyanyian lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah. Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas, disusuli dengan bacaan ikrar guru oleh En Shahrizal bin Ya'am dan bacaan ikrar murid oleh ketua pengawas sekolah

Guru Bertugas pada minggu ini :
- En Shahrizal bin Ya'am
- En Kamarulzaman bin abd Ghani
- Pn Azizah bt Ab Hamid
- Pn Wan Rosmawati bt wan Ibrahim
- Pn Parimala
- Pn Norasmawati bt Omar

Ucapan Pn Habsah :
Menyentuh mengenai surat yang diedarkan kepada penjaga pada hari Jumaat. Harap semua murid telah menyerahkan kepada penjaga mereka.
- Hari Jalinan Mesra pada hari Rabu 7/7/2010 bermula jam 8 hingga 10 pagi.
- Murid akan belajar mengikut jadual seperti biasa. Murid tidak dibenarkan balik mengikut penjaga yang datang semasa program tersebut.
Aktiviti kokurikulum tahun 4 akan ditangguhkan manakala kokurikulum tahun 5 akan berjalan seperti biasa. Murid tahun 6 mengikuti kelas tambahan.
- Kempen seorang murid sebuah buku- ibu bapa boleh menyerahkan buku-buku tersebut kepada guru kelas masing-masing pada hari tersebut.

LAWAD:
Murid diminta menghafal lawad pada hari ini:
BM- mendung - cuaca redup
BI - cross - melintas
BA- daftarun - buku tulis

PEMENANG LAWAD:
1. Nur Erna Natasha bt Mohd Jamal (5C)
2. Aidatan bt Jefry ( 5 O )
3. Muhd Faris bin Alias ( 5 L )

Pengumuman oleh En Hamidi :
-Program gerak gempur tahun 6 bermula hari ini sehingga cuti bulan September nanti (selama 8 minggu). Jadual telah ditampal di dalam kelas masing-masing.
- Beliau mengingatkan murid agar menjawab soalan-soalan gerak gempur dengan bersungguh-sungguh.
- Murid juga dikehendaki mengisi markah setiap latihan/ujian gerak gempur dalam Kad Laporan Gerak Gempur yang akan diberikan pada hari ini.

Ucapan Guru Besar :
- Murid diarahkan membaca visi sekolah " melahirkan insan yang berilmu, seimbang dan harmonis"
- GB memaklumkan terdapat murid yang membuat salah laku seperti mencuri wang, buli dan lain-lain. Buli merupakan kes salah laku yang berat. Murid-murid dilarang sama sekali melakukannya.
- Murid diminta berusaha mengubah landskap diri dan keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjaga disiplin diri.
- Murid diminta mengubah tingkah laku agar menghormati kedua ibu bapa dan guru. Murid dilarang membuat bising semasa perhimpunan dijalankan.
- Murid diminta menghafal LAWAD pada minggu ini.


No comments:

Post a Comment