Friday, July 2, 2010

Mesyuarat Khas Sains Tahun 6

Satu mesyuarat ringkas guru-guru Sains Tahun 6 telah diadakan di Bilik Guru Besar pagi tadi. Mesyuarat ini turut memutuskan bersama sasaran kualiti dan kuantiti serta strategi untuk mencapainya berdasarkan sasaran asal sekolah dan keputusan peperiksaan penggal 1.
Pn. Zuraini selaku Ketua Panitia bersama Pn. Asmawati, Pn. Zailezah dan En. Pazli telah bersepakat dan berazam untuk membantu memperbaiki pencapaian pelajar. PK Pentadbiran, Pn. Siti Habsah turut tidak ketinggalan memberi input. Di samping itu dalam mesyuarat ini juga, beberapa kelemahan pelajar sewaktu menjawab kertas peperiksaan telah dikesan. Strategi untuk mengatasinya dapat dibincangkan dengan ringkas.

No comments:

Post a Comment