... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 26, 2010

Laporan Perhimpunan Minggu 27 (Sesi Pagi)

Tarikh : 26 Julai 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :
: Puan Norlida (K)
: Puan Rubiaton
: Puan Jamilah
: Puan Hastipa
: Puan Maimunah
: Encik Norizmi

Laporan perhimpunan:
Murid beratur di hadapan kelas masing-masing bersama guru kelas kerana cuaca hujan. Namun begitu, perhimpunan rasmi sekolah tetap dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 7 orang murid, wakil dari Persatuan Puteri Islam yang menjalankan tugas menaikkan bendera.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Norlida dan Ikrar Murid oleh Ketua pengawas.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Saifullah) :
4.1 Beliau memberi amaran kepada murid tahun 1 yang menggunakan masa rehat untuk menangkap berudu di dalam longkang sekolah. Beliau berharap perkara ini tidak berlaku lagi selepas ini.
4.2 Beliau juga melaporkan masih ada murid yang berdegil dengan bermain-main di dataran perhimpunan. Sepatutnya semua murid sudah maklum dengan peraturan sekolah supaya tidak melintas melalui dataran perhimpunan.
4.3 Akhir sekali, beliau mengingatkan mengenai penggunaan bilik stor sukan. Hanya 3 orang murid dibenarkan masuk mengambil alatan sukan di dalam bilik itu. Ini adalah untuk mengelakkan bilik tersebut disepah-sepahkan.
4.4 Untuk kebersihan kelas minggu lepas tidak dapat dijalankan kerana kelas-kelas digunakan oleh murid tahun 6 sempena Ujian Percubaan UPSR 3.

5. Ucapan guru bertugas (Puan Norlida) :
5.1 Puan Norlida mengumumkan nama-nama guru bertugas pada minggu ini.
5.2 Beliau juga memaklumkan mengenai Minggu Panitia Pendidikan Islam. Beberapa aktiviti akan dijalankan seperti :
Tahun 1 - menulis tulisan cantik jawi
Tahun 4 - menjawab kuiz israk & mikraj
Aktiviti untuk murid tahun 6 akan dijalankan selepas UPSR. Semua aktiviti akan berlangsung di dalam kelas semasa P&P Pendidikan Islam berlangsung.

6. LAWAD
Encik Norizmi membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – Baran yang bermaksud lekas marah @ pemarah
BI – Sniff yang bermaksud hidu (to smell something)
ARAB – Hasubun yang bermaksud komputer

7. Pengumuman guru :
7.1 Encik Azhar - Meminta murid yang belum membayar duit lawatan ke Melaka, agar menjelaskan bayaran kepada beliau selepas perhimpunan ini.
7.2 Puan Norlida – Aktiviti kokurikulum pada minggu ini adalah Unit Beruniform.

8. Ucapan GPK 1 Puan Siti Habsah :
6.1 Beliau mengumumkan kehadiran 2 guru baru iaitu :
Encik Musrizuan menggantikan Puan Lorna
Puan Siti Mahfudzah - guru Pendidikan Khas
Beliau meminta semua murid hormat kepada guru-guru baru seperti guru lain.

6.2 Beliau juga melaporkan kejadian merosakkan harta benda sekolah (vandalisma) yang berlaku di kelas 3 Tiong. Kelas 5 Tulip yang menumpang di kelas 3 Tiung diminta turun ke dataran untuk disoal siasat.
Puan Habshah menyatakan kekesalan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya dilakukan oleh murid sekolah.

10. Ucapan Guru Besar – Encik Sukimin bin Juki
10.1 Setiap orang perlu mempunyai cita-cita dan matlamat. Cuma cara untuk mencapai matlamat itu mungkin akan berbeza. Oleh itu, sekiranya hujan, maka perhimpunan tetap perlu dijalankan di hadapan kelas seperti hari ini. Kebiasaan guru berada di depan murid, sekarang guru kelas perlu berada bersama-sama murid. Matlamat untuk mengadakan perhimpunan tetap berjalan lancar. Matlamat perlu dicapai dengan apa cara selagi tidak melanggar peraturan dan undang-undang sama ada di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian.

10.2 Beliau juga menyatakan rasa kesal atas kejadian yang berlaku di Kelas 3 Tiong. Murid kelas 5 Tulip perlu disiasat untuk memastikan siapa yang bersalah dalam perkara ini. Beliau mengharapkan murid lain mengambil iktibar dan tidak melakukan kesalahan yang sama.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment