... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 19, 2010

SESI MEDIA DAN PELANCARAN PARTNERS IN LEARNING - KODU KUP 2010



Program Kodu Kup ini adalah satu program rintis melibatkan sekolah-sekolah dari Australia, Singapura dan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep “computer gaming in teaching and learning” yang boleh dilaksanakan oleh sekolah dalam usaha pembudayaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

SKTPP telah terpilih sebagai sekolah rintis bersama 5 buah sekolah lain dari seluruh Malaysia. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah :
  • SMK Taman Bukit Maluri
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • SMK Kalumpang
  • SMK USJ 12
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Microsoft Malaysia di bawah program Partners in Learning telah menjemput guru dan murid SKTPP yang terlibat dengan program Kodu Game Lab. Sesi Media ini berlangsung pada 19 Julai 2010 di The Apartment Restaurant, KLCC.
Pelbagai sumber media dijemput hadir dalam sesi ini. Murid yang terlibat ialah Yasmin, Amirul dan Raimi dari kelas 5 Alamanda. Guru yang terlibat pula adalah Cikgu Norliza dan Cikgu Ruby.
Sesi ini bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Banyak input baru yang diperolehi oleh guru dan murid yang hadir semasa sesi ini.
Berikut gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut :

Minum pagi sebelum sesi bermula


Sementara menunggu peserta lain tiba, kami bersiar-siar sekejap di KLCC



Sempat bergambar selepas pendaftaran dibuat

Makanan dihidangkan selepas sesi bergambar


En. Farad Alhusaini menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas

Sesi memperkenalkan sekolah-sekolah yang terpilih dalam projek rintis

Raimi berpeluang menunjukkan bakat dalam sesi media ini

Yasmin, Amirul dan Raimi memberi perhatian penuh semasa sesi pembentangan permainan yang dihasilkan oleh Kong Brothers.

Bergambar di luar Taman KLCC sebelum bertolak pulang ke SKTPP

Hari ini, maka secara rasmi bermulalah pertandingan mencipta Permainan Komputer menggunakan software Kodu. Diharap murid SKTPP dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kreativiti masing-masing dalam usaha menghasilkan permainan Kodu ini.

4 comments:

  1. Sedikit informasi...

    Berita mengenai penglibatan murid SKTPP dalam Program Kodu Kup ada di dalam akbar KOSMO! (muka surat 54) tetapi berita ini tiada dalam KOSMO! Online. jadi dapatkan akhbar KOSMO! sebelum terlewat atau kehabisan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat.

    Buat Amirah Yasmin, Muhammad Amirul & Raimi (ke semuanya dari 5 Alamanda), Cikgu amat berbangga dengan penglibatan kamu semua. Semoga dapat mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti. Kami di 5 Alamanda akan terus menyokong anda semua!
    http://gadgets.emedia.com.my/img/KoduCup2010b.jpg

    ReplyDelete
  2. Dalam Metro pun ada (ms28) dan NST, BERNAMA online pun ada..ada masa boleh baca. : )
    Guru yang berminat nak menyertai juga dialu-alukan...(jumpa saya k)

    ReplyDelete
  3. Just FYI, currently we now are doing GAMERS CLUB, which is using KODU as our learning tools teach children and teenager how to create a game not just play a game.

    It is a fun and challenges club for them. I hope can get to meet up with you for approaching our GAMERS CLUB to run in school

    Hope to hear your reply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. please give more information to me via email rubieey@gmail.com
      thank you

      Delete