... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, July 8, 2010

'SPOT CHECK' - KEKEMASAN DIRI MURID

Makluman kepada Ibu bapa/penjaga Tahun 1,5 dan 6

Pihak sekolah khasnya guru-guru disiplin telah menjalankan pemeriksaan mengejut (Spot Check).

Tarikh : 8 Julai 2010 (Khamis)
Tempat : Kelas dan dewan terbuka
Sasaran : Tahun 1, 5 dan 6 (sesi pagi)
Perkara : Kekemasan diri - pakaian seragam mesti lengkap dengan lencana dan tanda nama
- rambut pendek dan tidak berfesyen (lelaki) dan jika
panjang bagi perempuan mesti diikat biasa dan tidak berfesyen
- pengikat dan cekak rambut dibenarkan hitam atau biru gelap
sahaja
- jika memakai tudung mesti mengikut gambar pemakaian tudung
dalam Buku Peraturan Sekolah (tudung 'awning' tidak
dibenarkan)
- kuku mesti pendek dan tidak memakai inai
- larangan memakai barang kemas

Murid-murid yang melakukan salahlaku disiplin tersebut telah dicatat nama mereka dan diberi nasihat dan amaran lisan supaya tidak mengulanginya. Pihak sekolah khasnya unit disiplin mengharapkan kerjasama semua ibu bapa / penjaga untuk memastikan anak-anak tuan/puan mematuhi peraturan tersebut. Untuk pengetahuan semua, peraturan-peraturan tersebut telah ada dalam Buku Peraturan Sekolah.

'DISIPLIN GEMILANG, AKADEMIK CEMERLANG'

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment