Monday, July 12, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 25

Tarikh : 12 Julai 2010
Masa : 5.50 – 6.30 petang
Guru Bertugas
: Puan Saadiah (K)
: Puan Noraida
: Puan Azlina
: Puan Siti Baizura
: Puan Rashidah
: Encik Ezol Fitri
: Pn Nor Arzah
Laporan perhimpunan:
1. Bacaan doa oleh Muhammad Afham Syahir b. Muhd Shahrin (4 Linux).
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Salmi. Upacara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Pandu Puteri Tunas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Rashidah dan Ikrar Murid oleh Muhammad Zulhilmi b. Zainol (4 Unix).
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : Puan Norinna
4.1 Penggunaan koridor - murid suka berlari di koridor. Murid- murid dikehendaki berjalan dengan pantas ketika bergerak ke satu tempat yang lain sahaja.
4.2 Larangan menggunakan dataran perhimpunan – tahun 3 dan 4 yang datang untuk aktiviti kokurikulum juga dilarang menggunakan dataran perhimpunan.
4.3 Tempat letak basikal – murid dikehendaki meletak dan menyusun basikal di garisan yang disediakan.
4.4 Murid-murid terlalu agresif bercakap dengan kuat di dewan terbuka selepas rehat.
4.5 Nyanyian lagu Selangor – ada murid yang salah lirik pada ayat ‘Selamat Di Atas Takhta’. Takhta disebut ‘sahsa’. Murid dikehendaki perbetulkan lirik tersebut.
5. Penyampaian sijil kebersihan :
Tahun 2 : 2 Almon
Tahun 3 : 3 Merak (3 kali berturut-turut beserta hadiah iringan)
Tahun 4 : 4 windows
Hadiah iringan kepada kelas 3 kali berturut-turut menang kebersihan kelas iaitu : 2 Jelutong dan 4 Linux.
6. LAWAD
BM – TERUJA bermaksud timbul minat atau keinginan kuat terhadap sesuatu.
BI – CARRY bermaksud membawa.
ARAB – KHALAAMUN bermaksud pen.
Murid tahun 2 Nyatoh Amirul Akil mendapat kupon ganjaran.
6. Ucapan Puan Yani (Guru Disiplin) :
6.1 Penggunaan kipas – kipas kelas dan kipas bilik khas tidak ditutup semasa keluar rehat.
6.2 Susunan basikal mestilah tidak melebihi garisan kuning. Perjumpaan dengan semua murid yang menaiki basikal di dewan terbuka pada hari Selasa (13.7.2010) pukul 3.30 petang.
6.3 Pagar C akan ditutup dan tarikh yang akan diberitahu kelak.
6.4 Murid dinasihatkan tidak meletakkan beg atau buku di dewan terbuka kerana takut hilang.
6.5 Murid-murid diingatkan untuk tidak datang ke sekolah jika demam atau sakit. Dapatkan surat MC untuk makluman guru kelas.
6.6 Murid dikehendaki memotong rambut dan kuku.
7. Ucapan Puan Nor Arzah (Guru Bimbingan dan Kaunseling).
7.1 Guru bimbingan dan kaunseling mempromosikan penggunaan bilik kaunseling. Semua murid dialu-alukan datang untuk mendapat nasihat dari segi akademik dan sahsiah.
8. Ucapan Guru Bertugas : Puan Rashidah
8.1 Murid dinasihati memakai terompah supaya tandas tidak kotor. Murid juga perlu menghormati makcik/pakcik yang menjaga tandas.
8.2 Murid juga diingatkan supaya tidak berlengah untuk beratur selepas loceng rehat dibunyikan. Dua hingga tiga minit sebelum loceng dibunyikan, murid-murid sudah bersedia turun ke dewan terbuka.
8.3 Pihak sekolah akan menjalankan ‘Kempen Zero Sampah’. Murid dikehendaki membawa plastik ke sekolah bagi mengisi sampah dan dibuang di rumah.
8.4 Murid diingatkan supaya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dan pinggan dimasukkan ke dalam besen yang disediakan bukannya dibiarkan atas meja kantin. Ini mengelakkan kehadiran burung gagak dan lalat di kantin yang mewujudkan persekitaran yang kurang bersih.
Perhimpunan tamat pada pukul 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment