Wednesday, October 6, 2010

Aktiviti Jualan di SK Taman Putra Perdana 2

Dalam usaha untuk mempromosikan Karnival Keluarga SKTPP, pihak ajk telah meminta kebenaran untuk mengadakan promosi dan menjual kupon di sekolah Taman Putra Perdana 2.

Jualan dijalankan pada pukul 10.15 (rehat tahap 1) dan 10.45 (rehat tahap 2).  Guru yang terlibat ialah Cikgu Wana, Cikgu Mazzaini, Cikgu Norrina dan Cikgu Ruby.  Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dan ajk berjaya mengutip sebanyak RM945.  Terima kasih kepada guru besar SK Taman Putra Perdana 2 dan pihak pentadbir Puan Shabariah Ismail kerana bermurah hati memberi keizinan kepada kami mengadakan aktiviti jualan ini.

Berikut adalah paparan yang sempat diambil semasa aktiviti jualan dan promosi dijalankan:


Suasana semasa aktiviti jualan berlangsung


wajah-wajah ceria murid yang telah membeli kupon





Penerangan ringkas yang diberikan oleh Cikgu Salwana dibantu oleh 3 orang murid tahun 6 (Luqman, Fikri dan Ashraff)



Gerai kupon mendapat sambutan hangat dari murid-murid SKTPP2


Ada ramai murid yang berminat dan meminta kami datang lagi keesokkan hari, namun itu tidak dapat dilakukan.  Murid SKTPP2 yang berminat untuk membeli, boleh datang ke sekolah pada hari Karnival iaitu 9 Oktober untuk sama-sama memeriahkan acara karnival.

~terima kasih atas sambutan yang diberikan~

No comments:

Post a Comment