Monday, October 11, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (11 OKTOBER 2010) bagi SESI PETANG.

Hari : ISNIN
Tarikh : 11 Oktober 2010
Mula Perhimpunan: 6.00 ptg
Guru Bertugas:
  1. Pn Nur Malisha
  2. Pn Suriyana
  3. Pn Nora
  4. Pn Nurul Fadilah
  5. Pn Nor Azura
  6. Cik Siti Ayuni
Kehadiran Guru: 54/56
Laporan dan ulasan:
  1. Upacara menaikkan bendera bagi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Mohd Afham Syahir.
  3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
  4. Laporan guru bertugas pada minggu lepas oleh Cik Shakila.
  • Masih ramai murid berlari dikoridor.
  • Masih ada lagi sesetengah murid yang melalui dataran perhimpunan.
  • Kebersihan tandas kurang memuaskan.
  • Murid bermain lopak air pada hari Jumaat yang lalu.
5. Pengumuman - pengumuman:
  • Pada Hari Rabu (13 Oktober 2010) aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa. Semua murid diminta hadir. Gerai yang terpilih akan dibuka kepada murid yang masih lagi mempunyai baki kupon hari karnival keluarga SKTPP.
  • Pembelian gambar kelas dan unit beruniform akan dijalankan. Bagi gambar murid - murid boleh rujuk dengan guru kelas. Manakala untuk gambar unit beruniform pula boleh berjumpa terus dengan Pn Norazian. ( Gambar unit beruniform akan ditampal di papan kenyataan sebelah tangga ke pejabat.
6. Ucapan daripada Pn Siti Hanim bt Sungit (PK Petang):
  • Ucapan terima kasih kepada semua diatas kejayaan Hari Karnival Keluarga SKTPP walaupun terdapat kekurangan.
  • Untuk pengetahuan, gerai - gerai yang akan dibuka pada hari pagi rabu ini (13/10/10) adalah gerai snek, cup corn, ABC, permainan dalaman dan cyber cafe. Kupon yang belum digunakan boleh dibawa pada hari tersebut.
  • Peringatan untuk Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2010 yang akan diadakan pada 25/10/10. Semua murid harus bersedia dan membuat ulangkaji bermula daripada sekarang.
  • Disiplin murid dilihat semakin teruk sekarang. Pakaian kotor dan tidak kemas serta bermacam - macam bau terbit akibat terlalu bermain semasa waktu rehat.
  • Pada waktu rehat juga, didapati murid suka berlengah - lengah dan tidak serius apabila loceng tamat waktu rehat berbunyi. Akibatnya murid masih ingin bermain dan tidak fokus semasa didalam kelas.
  • Pastikan murid ada disiplin yang tinggi jika ingin menjadi seperti Angkasawan Negara.
  • Pakaian murid juga didapati tidak kemas, rambut kusut masai dan ada juga sesetengah pengawas yang masih lagi tiada tali leher.
  • Memakan gula - gula getah di sekolah adalah tidak dibenarkan dan beliau berharap agar tiada lagi gula - gula getah yang ditempel di dinding sekolah terutamanya di sekitar dewan terbuka.
7. Perhimpunan tamat pada pukul 6.30 ptg.

No comments:

Post a Comment