... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 4, 2010

Laporan Perhimpunan Mingguan (sesi pagi)

Hari : ISNIN
Tarikh : 04 OKTOBER 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :
1. Pn. Mardiana (menggantikan Pn. Nik Kamisah)
2. Pn. Suhaizan
3. Pn. Norsuriati
4. Pn. Julaili Onian
5. Pn. Nahdatul Shima
6. En. Hamidi Abu
7. En. Musrizuan
Laporan/Ulasan
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En Norizmi )
4.1 Murid-murid tahun 6 tidak boleh merasakan diri mereka 'bebas' dan tidak mengikut peraturan sekolah.

5.Ucapan Guru Bertugas : (Pn Mardiana )
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Murid-murid tahun 6 diingatkan supaya tidak mengganggu murid-murid tahun 1 & 5 belajar.
5.3 Murid-murid tahun 1 diingatkan agar tidak melalui dataran perhimpunan sepanjang sesi persekolahan waktu pagi.


6.Ucapan GPK HEM (Pn Jamilah Arifin)
6.1 Murid-murid tahun 6 diingatkan supaya tidak membuat bising semasa sesi P&P tahun 1 & 5 berjalan.
6.2 Semua murid diingatkan bahawa Pendidikan Jasmani hanya boleh dijalankan semasa waktu PJK sahaja.

7. Ucapan Guru Disiplin (Pn Norlela Hashim)
7.1 Murid-murid tahun 6 diingatkan dengan tegas bahawa mereka perlu mengikut peraturan sekolah.

7.2 Larangan membawa handphone ke sekolah.Ini kerana didapati ada murid yang telah membawa handphone ke sekolah.Mereka juga tidak dibenarkan menyuruh guru-guru untuk menyimpan handphone tersebut.

7.3 Murid-murid diingatkan hanya pakaian sukan sekolah sahaja dibenarkan untuk dipakai semasa Pendidikan Jasmani&Kesihatan (PJK).Hanya pakaian sukan yang lengkap sahaja dibenarkan untuk dipakai dari pagi hingga balik sekolah.

7.4 Setiap murid yang keluar dari kelas perlu memakai Pas Keluar Kelas.Sekiranya tiada, perlu mendapatkan nota bertandatangan guru tersebut.Jika seseorang murid didapati keluar kelas tanpa memakai Pas Keluar Kelas atau nota bertandatangan guru, murid tersebut dianggap ponteng kelas/salah laku.

7.5 Penggunaan pintu pagar sekolah.Murid-murid diminta mengingatkan ibubapa masing-masing bahawa mereka tidak dibenarkan menurunkan anak-anak mereka di pintu pagar utama.Manakala murid yang berbasikal akan melalui pintu pagar utama yang telah dikhaskan untuk laluan basikal.

7.6 Murid-murid tahun 6 dilarang menggunakan tandas di aras bawah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti peras ugut dan mengganggu murid-murid tahun 1.

7.7 Murid-murid tahun 6 juga dilarang melalui dataran perhimpunan dan koridor kelas tahun 1 bagi mengelakkan P&P terganggu.

No comments:

Post a Comment