Monday, October 11, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (11 OKTOBER 2010) bagi SESI PAGI.

Hari : ISNIN
Tarikh : 11 Oktober 2010
Masa Perhimpunan: 7.40 pagi - 8.15 pagi
Guru Bertugas:

1. En. Hafiz
2. Pn. Astina
3. Pn. Zulastri
4. Pn. Linda
5. Pn. Jumilah
6. Cik Norliza
7. Pn. Noriza (cuti bersalin)

Laporan dan ulasan:

  1. Upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang, bendera negeri Selangor dan bendera SKTPP dilakukan oleh pasukan Tunas Puteri.
  2. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Zaleha.
  3. Bacaan doa oleh adik Amirul.
  4. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
  5. Laporan guru bertugas pada minggu lepas oleh Utz. Hamidi.
  • Masih ada murid yang tidak memahuti disiplin sekolah terutamanya murid Tahun 6.
  • Murid didapati merayau-rayau di dataran sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani. Ini ditujukan khas pada murid tahun 6 juga.
6. Perkataan LAWAD hari ini:-
  • Bahasa Melayu - Alga (kumpulan tumbuhan paling ringkas)
  • Bahasa Inggeris - Wear (to put on something)
  • Bahasa Arab - اَرُزٌّ(nasi)

7. Anugerah Kelas Terbersih disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Sukimin Bin Juki.
  • Tahun 1 - 1 Myvi
  • Tahun 5 - 5 Alamanda
  • Tahun 6 - 6 Aurum

8. Pengumuman

- Pn. Rubiaton -
  • Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada murid-murid kerana sudi membantu menjayakan Hari Karnival yang baru sahaja berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.
  • Terima kasih juga pada mereka-mereka yang telah memberikan sumbangan kepada pihak sekolah bagi memeriahkan lagi Hari Karnival tersebut.
  • Pada Hari Rabu (13 Oktober 2010) aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa. Semua murid diminta hadir. Gerai yang terpilih akan dibuka kepada murid yang masih lagi mempunyai baki kupon Hari Karnival SKTPP.

- Pn. Mazaini -
  • Murid tahun 5&6 boleh menghantar karangan berbentuk berika yang bertemakan "Peristiwa yang berlaku di sekolah saya".
  • Jumaat merupakan tarikh tutup bagi penyertaan ini. Hadiah akan disediakan kepada mereka yang bertuah.

9. Pn. Jamilah Ariffin (GPK HEM)
  • Murid-murid diberikan amaran keras supaya tidak ponteng, terutamanya pada murid tahun 6. Jika ini berlaku, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa murid tersebut.

10. Pn. Siti Habsah Ahmad (GPK 1)
  • Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada murid-murid dan juga ibu bapa yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan Hari Karnival SKTPP.
  • Murid-murid di minta tidak mengecop tapak kasut pada mural sekolah. Laporkan kepada pihak sekolah jika ternampak sesiapa yang melakukannya.
  • Sila letak pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah di sediakan. Jangan buang merata-rata tempat.
  • Bagi murid tahun 6, minggu ini diadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring antara kelas. Bagi yang tidak bertanding, sila berkumpul di tempat letak basikal berbumbung.
  • Pakaian sukan boleh dipakai pada hari Pendidikan Jasmani tetapi perlu mematuhi garis panduan garis panduan yang telah di tetapkan (baju sukan sekolah dan seluar trek hitam/biru gelap).
  • Peperiksaan Akhir Tahun tidak lama lagi. Murid diminta membuat ulangkaji dari sekarang. Peperiksaan yang melibatkan subjek teras akan dijalankan secara serentak diseluruh Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment