Friday, October 22, 2010

TAWARAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA(SMKA) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)

Tawaran adalah dibuka kepada semua pelajar tahun 6 yang berminat.

Syarat-syarat ke tingkatan 1 di SMKA:
• Memperolehi 5A dalam UPSR
• Memduduki UPSR di sekolah bantuan penuh kerajaan dalam negeri Selangor
• Murid dan ibu bapa warganegara Malaysia
• Cemerlang PSRA (JAIS) - satu kelebihan
• Cemerlang dalam PKSR (Pendidikan Islam)

Senarai SMKA di Selangor
• SMKA Maahad Hamidiah, Kajang
• SMKA Simpang Lima, Saabak Bernam
• SMKA Kuala Selangor, Kuala Selangor

Kelas Aliran Agama (KAA)

Pengenalan
Adalah kelas yang diwujudkan di Sekolah Menengah Harian untuk member peluang kepada pelajar Islam mempelajari subjek-subjek seperti yang ditawarkan di SMKA.

Syarat-syarat ke tingkatan 1 di KAA
• Memperolehi 4A 1B atau 3A 2B dalam UPSR

Senarai KAA di Sepang
• SMK Bandar Baru Salak Tinggi
• SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
• SMK Dengkil

Untuk mendapatkan senarai KAA di daerah lain sila rujuk ke:

Sektor Pendidikan Islam (SPI)
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Tel: 03-55135754

Murid yang berminat boleh mendapatkan borang di pejabat sekolah.
Tarikh tutup 2 minggu setelah keputusan UPSR dikeluarkan.(23 Nov 2010)

No comments:

Post a Comment