Tuesday, October 19, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (18 OKTOBER 2010) bagi SESI PETANG

GURU BERTUGAS:
1. Pn. Roseniza
2. Pn. Nik Rosmaliza
3. Pn. Nurul Ain
4. Pn. Rosmaria
5. Pn. Umi Nadzrah
6. En. Aspal
7. Cik Zuraini

Upacara menaikkan bendera bagi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Nama murid:
1. Nur Min Halini (3 Merbok)
2. Amirah Wardah (4 Windows)
3. Atiqah An Nur (4 Windows)
4. Aiyatul Adimin (4 Windows)
5. Ilham Fahim (4 Windows)
6. Aqif Daniel (4 Windows)

Bacaan doa oleh: Muaz Arrazi (4 Windows)
Bacaan ikrar: Muhammad Zulhilmi (4 Unix)

Perkataan LAWAD:
1. Bahasa Melayu: situasi
2. Bahasa Inggeris: garden
3. Bahasa Arab: Fiilun (gajah)

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Azura
1. Murid tidak dibenarkan berlari-lari sewaktu datang ke sekolah.
2. Murid dinasihatkan mengulangkaji pelajaran ketika menunggu waktu sesi persekolahan bermula.
3. Murid yang tidak sihat dinasihatkan berehat di rumah.

Pengumuman daripada Pn. Norazah
1. Ahli Puteri Islam yang berminat menyertai lawatan ke bukit Cerakah pada 30 Oktober ini, boleh mendapatkan borang daripada beliau. Bayaran dikenakan sebanyak RM 25 sahaja.

Aktiviti kokurikulum



1. Persembahan murid daripada Kelab Muzik dan Kebudayaan (nyanyian lagu Ikan Kekek

Penyampaian hadiah sempena Hari Karnival Keluarga SKTPP 2010
1. Pelajar yang membeli kupon terbanyak
Tahun 2: Nur Amira M. Fauzi ( 2 Nyatoh)
Tahun 3: M. Raziq B. Abd. Aziz (3 Bangau)
Tahun 4: Aiman Datuk M. Adam (4 Novell)

2. Pemenang Gerai Tercantik: Gerai permainan (memancing)
3. Pemenang Gerai Kutipan Terbanyak: Rumah Hantu


Ucapan Tuan Guru Besar (En. Sukimin B. Juki)



1. Guru besar mengingatkan murid-murid supaya bersyukur dengan apa yang kita ada.
2. Murid-murid juga dinasihatkan berusaha untuk saling melengkapi seperti koloni semut yang saling membantu.
3. Murid-murid perlu menjadi orang yang berguna tanpa mengira latar belakang.
4. Murid-murid digalakkan menanam semangat "yakin boleh" untuk serlahkan potensi diri.
5. Guru besar memberi teguran berkaitan penggunaan bahasa yang tidak elok dalam "Facebook". Nasihat beliau supaya murid-murid berfikir dahulu sama ada perkara tersebut baik atau tidak.
6. Guru besar meminta murid mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada minggu hadapan (25-29 Oktober 2010).














No comments:

Post a Comment