Monday, February 21, 2011

PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 2012 DAN 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK
(WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI
PERSEKOLAHAN 2012 DAN 2013 SEKOLAH RENDAH
NEGERI SELANGOR SECARA `ONLINE'
TARIKH : 1 MAC 2011 hingga 30 APRIL 2011
MASA : Isnin hingga Jumaat
(8.00 pagi - 4.00 petang)
PENDAFTARAN SENDIRI


TAHUN KELAHIRAN :
02.01.2005 - 01.01.2006 (Sesi Persekolahan Tahun 1 2012)
02.01.2006 - 01.01.2007 (Sesi Persekolahan Tahun 1 2013)

Borang permohonan boleh diisi melalui aplikasi dalam talian (online)
dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor
Ibubapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah
yang dipohon dalam tempoh dua minggu dari tarikh tuan/puan membuat permohonan
dengan membawa bersama cetakan borang maklumat
permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan seperti
berikut :

1. Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat Asal
2. Bil Utiliti (Bil Letrik /Bil Air/Bil Telefon)
3. Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga
4. Sampul Surat Putih bersaiz 7 x 10 (118 cm x 250 cm) beralamat sendiri
beserta setem 60 sen.
5. Sijil Nikah
6. Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
7. Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkaitan)
Sekian, harap maklum

4 comments:

  1. Salam. Saya ingin bertanya tentang tarikh pendaftaran online bagi kemasukan tahun satu tahun 2013. Adakah ianya pada bulan Mac- April tahun 2011 seperti yang tertera di atas? Sekiranya benar, bermaksud tarikhnya telah berlalu. Ini agak mengelirukan kerana sepatutnya tarikh tutup permohonan tidak seharusnya begitu jauh dengan tarikh persekolahan sebenar. adakah ini satu ralat disebabkan 'operator' tidak mengemaskini maklumat atau sememangnya tarikh tersebut telah berlalu? Saya dimaklumkan pada tahun lepas (akhir tahun 2011) oleh pihak sekolah bahawa permohonan untuk tahun satu 2013 masih belum dibuka. Harap beri penjelasan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya juga bingung dengan tarikh pendaftaran ini...sepatutnya untuk tahun 2013 perlu di adakan pada tahun 2012 tapi kenapa ianya sudah berlalu pada tahun 2012 kerana ramai yang tidak mengetahui maklumat ini...adakah saya masih boleh mendaftar lagi ataupun tidak??

    ReplyDelete
  3. Kepada tuan/puan yang bertanya:
    Post ini telah dilakukan pada 21.2.2011 lagi. Post utk tahun 2012 tuan/puan boleh baca di link ini:
    http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2012/02/permohonan-kemasukan-kanak.html
    Pendaftaran begini adalah penetapan dprd KPM, pendaftaran dibuka utk 2 tahun. Pada tahun ini pendaftaran dibuka utk tahun 2013 dan 2014... tahun depan akan dibukan utk tahun 2014 dan 2015 dan seterusnya.
    Harap maklum.

    ReplyDelete
  4. saya nk bertanya,bile boleh saya daftarkan anak saya untuk ke pra sekolah jika umur dia thn hadapan 6 thn (2013)sekarang ini umur dia baru 5 thn,lahir pada 02 march 2007

    ReplyDelete