Monday, October 17, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 38 (SESI PAGI)

Hari: Isnin
Tarikh: 17 Oktober 2011
Masa: 7.30pg - 8.15pg
Guru Bertugas:
Pn. Noriza
Pn. Norli
Pn. Saadiah
Pn. Mahfudzah
En. Zainuddin
Pn. Mazzaini

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Noriza.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas.

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Nurul Fadhilah)
5.1 Displin kian merost- tidak mendengar arahan dan tidak hormat guru yang ada di hadapan kelas.
5.2 Kebersihan kelas kurang memuaskan- sampah bertaburan di bawah meja. Tidak selesa untuk belajar. Pesanan : kutip sampah buang ke dalam tong sampah.
5.3 Makanan tidak dibenarkan dibawa keluar dari kantin - ada jagung yang berterabur dan tumpah ditangga USM, menunjukkan masih ada yang tidak akur arahan.
5.4 Sampah dibiarkan di atas meja kantin begitu juga gelas & pinggan yang sepatutnya diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn. Noriza )
6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
6.2 Memperkenalkan tema pada minggu ini: Hargailah Nyawa Anda
Cara hargai nyawa:-
1. Amalkan kehidupan yang sihat- ambil makanan seimbang.
2. Jauhi amalan yang merosakkan diri- merokok , penyalahgunaan dadah.
3. Sayangi diri anda- pilih kawan - kawan yang baik, berhati-hati di jalanraya, menjaga kebersihan diri.

7. Perkataan LAWAD pada hari ini:
1. Bahasa Melayu
bidai-tirai

2. Bahasa Inggeris
unique : unik

3. Bahasa Arab
kimsahun: buaya

8. Penyampaian sijil dan hadiah kelas terbersih mingguan.
Sijil pemenang minggu ke 38
Tahun 4: Tiung
Tahun 5: Linux
Tahun 6: Alamanda

9. Ucapan Guru Penolong Kanan kokurikulum: (Pn. Syamala a/p Selvarajah)
9.1 Teguran untuk murid tahun 6 - patuhi segala peraturan sekolah
9.2 makluman 3 November 2011 Temasya Olahraga Sekolah. Dijalankan secara dalaman, iaitu pada hari persekolahan.

10. Pengumuman
10.1 Latihan sukan dan pertandingan keceriaan kelas ditangguhkan.

No comments:

Post a Comment