Monday, October 24, 2011

Laporan Perhimpunan Mingguan Minggu ke-39

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 39 (SESI PAGI)

Hari: Isnin
Tarikh: 24 Oktober 2011
Masa: 7.30pg - 8.10pg
Guru Bertugas:
En.Pazli
Pn. Nor Azura bt Mohamad Asir
Pn. Rosmizawati
Pn. Nahdatul Sima
Pn. Nor Syifa

Pn. Nor Syamira

Pn. Roseniza

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Asyraf
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Noriza.
4. Bacaan ikrar murid oleh ketua pegawas adik Hafiz.

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Noriza Bt Mohd Nor)
5.1 Pada waktu rehat banyak kelas yang tidak memadamkan lampu dan kipas.
5.2 Kebersihan kelas kurang memuaskan- sampah bertaburan di bawah meja. Tidak selesa untuk menjawab peperiksaan, murid mengambil sikap tidak peduli. Pesanan : bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan kutip sampah buang ke dalam tong sampah.

5.3 masih ramai lagi murid yang meninggalkan gelas & pinggan di atas meja kantin. Sepatutnya gelas dan pinggan tersebut hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.

6. Ucapan Guru Bertugas: (En. Pazli )
6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
6.2 Memperkenalkan tema pada minggu ini:
Masa itu amat berharga

Cara hargai masa

1. Masa amat berharga seumpama emas yang tinggi nilainya, maka hargainya sebaik mungkin.

2.Perkara yang paling jauh adalah masa lalu tak dapat diulang maka kita hendaklah menghargai masa yang kita kecapi sekarang dengan mengisi masa-masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah dan berguna.

6.3 Murid tahun 6 yang menyertai lawatan ke Indah Water Konsortium dikehendaki tunggu selepas perhimpunan

6.4 Murid tahun 6 dikehendaki menghantar buku nota Kajian Tempatan kepada guru mata pelajaran masing-masing kerana buku nota tersebut mewakili 10 markah untuk Penilaian Peperiksaan Akhir Tahun.

6.5 Makluman cuti sempena Perayaan Deepavali selama dua hari iaitu pada hari Selasa (25/10/2011) dan hari Rabu (26/10/2011)


7. Perkataan LAWAD pada hari ini:

Bahasa Melayu
muflis- tak berupaya membayar hutang/bankrap

Bahasa Inggeris

Plump- Gempal

Bahasa Arab
Akhbirni- Beritahu saya



8. Penyampaian sijil dan hadiah kelas terbersih mingguan ditangguhkan kerana minggu lepas merupakan minggu peperiksaan


9. Ucapan tuan Guru Besar

9.1.Selepas peperiksaan Akhir tahun 2011, terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang untuk murid, diantaranya ialah Hari Sukan, Perkhemahan unit berunifom, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Graduasi dan sebagainya.

9.2.Murid hendaklah menjaga harta benda awam, menghargainya, menggunakan dengan baik dan betul. Sikap berjimat dalam penggunaan elektrik amatlah digalakkan kerana ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan pembakaran minyak melalui penggunaan elektrik.

9.3.Murid diminta bersama-sama memberikan kerjasama dalam memeriahkan aktiviti kitar semula iaitu dengan membawa buku-buku latihan yang tidak digunakan lagi untuk dijual ke pusat kitar semula dan wang tersebut digunakan untuk menceriakan sekolah atau membantu murid yang tidak mampu.

9.4 PK Kokurikulum telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti kitar semula ini.

No comments:

Post a Comment