Sunday, October 2, 2011

Laporan Program Malam Amal 1Malaysia

Pada malam Sabtu 1 Oktober 2011, telah berlangsungnya program Malam Amal 1Malaysia (MA1M) di Dataran perhimpunan SKTPP. Pada malam tersebut, dianggarkan kehadiran warga Taman Putra Perdana menjangkau 3000 orang.  

Program MA1M  ini merupakan aktiviti kemuncak yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 ini dalam mengumpul dana pembangunan PIBG. Dalam usaha untuk terus memberikan sumbangan yang besar kepada warga sekolah, maka PIBG berharap program ini menjadi satu cara pula yang akan memberikan peluang kepada ibu bapa, individu mahupun badan-badan korporat atau masyarakat setempat dalam membantu sekolah melengkapkan prasarana pendidikan yang lebih baik dan sempurna.

Rasionalnya MA1M ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.  Bagi menaiktaraf kemudahan infrastruktur sekolah, dana yang besar amatlah diperlukan bagi tujuan ini.  Justeru, Program Malam Amal 1 Malaysia ini menjadi pemangkin bagi merealisasikan matlamat yang dihasratkan. 

Selain itu, derma yang diberi semasa membeli tiket MA1M ini akan disalurkan untuk:

ü  Penambahbaikan dan baik pulih infrastruktur sekolah seperti tandas, bilik darjah dan persekitaran sekolah.
ü  Mendapatkan dana untuk membesarkan Dewan Terbuka (Dewan Perdana) bagi menampung jumlah pelajar yang begitu ramai.
ü  Mendapatkan dana untuk membantu pelajar miskin dan anak yatim.
ü  Mencungkil bakat seni dalam kalangan pelajar.
ü  Memupuk semangat silaturrahim dan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah terutamanya sesama  ibu bapa/penjaga pelajar dan juga guru.
ü  Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga SK Taman Putra Perdana.
ü  Menaik taraf sistem siaraya sekolah.


Sebagai pengisian MA1M ini, pelbagai acara telah disusun dengan melibatkan murid-murid dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6.  Pihak sekolah juga menerima bantuan daripada mahasiswa dan mahasiswi  Sunway Universiti dari aspek pengacaraan dan persembahan.  Antara persembahan yang ada pada malam tersebut adalah:
- Choral Speaking
- Nyanyian Solo
- Nasyid Kontemporari
- Gurindam
- Action Song
- Sajak
- Fesyen Show
- Dikir Barat
- Koir    
- Tarian Endang
- Artis Jemputan - Dafi dan Kumpulan Al-Mawlid



Berikut adalah paparan gambar sepanjang program MA1M ini berlangsung:


































Untuk lebih paparan gambar sila klik Album 1 atau Album 2 atau Album 3

Sokongan padu dan kuat khususnya daripada ibu bapa sendiri menjadikan program ini suatu kejayaan yang dapat dibanggakan dalam mencapai matlamat untuk menyediakan prasarana yang baik dan selesa kepada para pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Dengan usaha dan kerjasama daripada semua pihak, program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Diharapkan agar matlamat dan objektif untuk mengutip dana PIBG  dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. 

~TAHNIAH dan TERIMA KASIH untuk semua warga SKTPP~







No comments:

Post a Comment