... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, October 13, 2011

Laporan Program Melangkah Ke Alam Remaja Mithali

Program melangkah ke alam remaja mithali ini dicetus dan diilhamkan  bagi memberikan kesedaran dan persediaan kepada murid tahun enam yang akan melangkah ke suasana baru pada tahun hadapan. Harapan pihak sekolah agar murid-murid tahun 6 yang mengikuti kursus sebegini, akan melahirkan generasi Rabbani yang sentiasa berpaksikan agama di setiap aspek kehidupan.


Objektif program adalah seperti berikut :

1.       Melaksanakan tanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
2.       Meningkatkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak.
3.       Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.
4.       Memberikan pendedahan cabaran-cabaran yang bakal dilalui apabila melangkah ke alam remaja.
5.       Merapatkan silaturrahim antara murid.


Pihak sekolah telah menjemput penceramah khas daripada Syarikat MSQ Power Training iaitu Encik Nor Naimi bin Md Som dan Puan Norr Karimah br Harun. Ceramah yang disampaikan mampu menyentuh perasaan murid-murid SKTPP.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang acara program berlangsung:

Murid perempuan di bilik muzik

Menghayati sepenuh hati



Berdoa untuk kesejahteraan diri dan ibu bapa


Sesi pengenalan diri


Murid lelaki di Pusat Sumber 



Tekun melihat paparan di skrin televisyen


Sesi meluahkan ucapan terima kasih kepada guru




Penceramah jemputan menerima saguhati daripada Pn Jamilah Ariffin


Sesi bersalaman sebelum pulang ke rumah


Semoga program ini mampu memberi pengetahuan kepada murid-murid untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran dan ujian apabila mereka melangkah ke alam remaja, di samping mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dan jitu agar menjadi remaja yang mithali. 

No comments:

Post a Comment