Rombongan ini tiba pada jam 11.30 pagi dan telah disambut oleh 6 orang guru sesi petang serta para pentadbir sekolah iaitu En. Rosdin Ibrahim, Pn. Habsah Ahmad dan Pn.
. Pada permulaan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan murid-murid SK Taman Putra Perdana iaitu persembahan koir yang dilatih oleh Pn. Astina dan persembahan tarian endang yang dilatih oleh Pn. Rosmizawati dan Pn. Linda di dewan perdana SKTPP.Pada jam 12.00 tengahari, semua tetamu berkumpul di bilik mesyuarat SKTPP untuk mendengar taklimat mengenai sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum dan pengurusan sekolah yang disampaikan Pn. untuk menambah pengetahuan mengenai sistem pendidikan di negara kita amnya dan SKTPP khasnya.
. Sesi soal jawab juga berlangsung dengan jayanya dimana pelbagai soalan dilontarkan oleh para pelajar Universiti PhitsanulokDiakhir sesi lawatan, para tetamu juga turut berpeluang merakam gambar kenangan di sekitar kawasan sekolah. Diharapkan lawatan ini akan memberi input yang positif kepada para pelajar Universiti Phitsanulok, Thailand dan sebagai langkah awal mewujudkan kerjasama yang lebih baik diantara dua negara dalam bidang pendidikan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih buat semua guru yang terlibat dalam menjayakan lawatan pendidikan ini.
Persembahan tarian endang yang menarik perhatian pelawat
Para pelawat dibawa oleh guru ke bilik mesyuarat
Pemberian pamplet maklumat sekolah dan cenderahati kepada setiap pelawat
Bergambar kenangan
No comments:
Post a Comment