Monday, October 10, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 36

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
Hari : ISNIN
Tarikh : 10 Oktober 2011
Masa : 7.30-8.00 pagi

Guru Bertugas:
Pn. Nurul Fadilah
Pn. Nik Kamisah
Pn. Norhana
Pn. Roslina
En. Mohd Kamarul
En. Norizmi

Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( Pn. Azwani)
4.1. Murid-murid diingatkan agar menjaga keselamatan diri dan rakan semasa bermain kerana telah berlaku kecederaan pada minggu lepas.
4.2. Murid-murid dilarang makan diluar kawasan kantin pada waktu rehat.
4.3. Murid-murid dilarang supaya tidak bermain di dalam kelas pada waktu rehat.

Guru Bertugas :5.Ucapan Guru Bertuargas :Pn. Nurul Fadilah)
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Tema - "Rancang Masa Depan"
a) Cita-cita
- semua orang perlu ada cita-cita
- cita-cita merupakan antara satu langkah pertama untuk merancang masa depan

b) Kepentingan merancang masa depan
- masa depan adalah masa yang akan datang yang belum kita tahu apa akan berlaku.
- oleh itu penting kita merancang dari sekarang bagi memastikan apa yang dirancang menjadi kenyataan.

c) Contoh: sekiranya anda bercita-cita menjadi seorang doktor maka mulai dari sekarang murid perlu belajar bersungguh-sungguh agar mendapat tempat di universiti yang menawarkan jurusan perubatan.
5.3 Pusat sumber sekolah (PSS) ditutup minggu ini kerana terdapat mesyuarat guru-guru daerah sepang.
5.4 Pada hari rabu aktiviti Ko-Kurikulum ialah latihan rumah sukan.
5.5 Peperiksaan akhir tahun akan bermula minggu depan iaitu pada 18,19,20 dan 21 Oktober. Murid-murid diingatkan supaya mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun.


6. Perkataan LAWAD hari ini :Bahasa Malaysia : CANGKIR
Bahasa Inggeris : SNIFF
Bahasa Arab : QITTUN (KUCING)

7. Ucapan Pn. Shyamala (PK KO)
7.2 Penyampaian hadiah dan sijil kepada murid yang menyertai:

1. Perkhemahan Unit Uniform peringkat daerah sepang (7-10 Oktober). Seramai 4 orang murid terlibat (2 dari unit uniform pengakap dan 2 lagi unit tunas puteri). Salah seorang murid sekolah kita iaitu Amirah Yasmin telah dianugerahkan sebagai peserta terbaik perkhemahan.

2. Karnival Tunas Mini Olimpik. SKTPP telah menghantar 2 orang wakil dan mendapat johan bagi daerah sepang.
7.3 Diharap murid lain dapat menjadikan kejayaan rakan sebagai motivasi dan dorongan untuk sama-sama meningkatkan prestasi diri dalam kokurikulum dan mengharumkan nama sekolah.

8. Ucapan Pn. Jamilah (PK HEM)
8.1 Memaklumkan tentang Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada akan di sambut esok (11 Oktober 2011). Murid diingatkan supaya memakai baju sukan dan membawa peralatan alat tulis (pensel & warna pensel) sebagai persediaan sekiranya esok hari hujan.
8.2 Murid diingatkan supaya berpakaian uniform pada setiap hari Isnin kerana terdapat perhimpunan rasmi.

No comments:

Post a Comment