Friday, November 2, 2012

Hari Jalinan Mesra Sesi Petang 2012


Tarikh: 2 NOVEMBER 2012
Hari    : JUMAAT
Masa  : 4.10 - 6.10 PETANG

LATAR BELAKANG
Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

OBJEKTIF
Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua  belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit. 

Antara paparan yang dapat dikongsi bersama:-

    Kaunter pembayaran yuran PIBG
 
   Sedang meneliti Laporan Adab Belajar

    Kelas 2 Beta bersama Pn Arnny Yusnita

    Ibu bapa menunggu giliran
    



No comments:

Post a Comment