Monday, November 5, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERPISAHAN MURID TAHUN 6 2012 SK TAMAN PUTRA PERDANA

      Pada tanggal 1 November 2012 telah diadakan satu acara MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERPISAHAN MURID TAHUN 6  2012 SK TAMAN PUTRA PERDANA. Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Perdana SKTPP. 
               
   Majlis ini merupakan antara program julung-julung kali diadakan untuk murid tahun 6, kerana tahun sebelumnya jamuan perpisahan diadakan pada waktu siang persekolahan. Pihak AJK Peningkatan ingin mencari kelainan pada tahun ini dan mencadangkan agar Jamuan Makan diadakan pada waktu malam. Ini adalah sebagai lambang berakhirnya pembelajaran mereka di alam sekolah rendah.  Majlis yang dijalankan selepas UPSR ini dirancang bertujuan untuk  meraikan para murid tahun 6 dalam suatu malam yang gilang gemilang di samping menyelitkan beberapa persembahan sebagai kenangan terindah mereka semasa sekolah rendah.    

     Seramai 230 orang murid Tahun 6 yang telah menyertai majlis ini. hidangan menu yang banyak dan lazat telah dihidangkan kepasa para murid dan guru. Antaranya adalah seperti nasi beriani & nasi putih, Ayam masak merah, Daging Rendang tok, Ikan (fillet) sweet sour, Ayam goreng berempah, Acar buah, papadom, buah-buahan (2 jenis) tembikai dan oren, Air batu sirap selasih, Desert/ sampingan, Mee hoon goreng singapore, agar-agar,  bubur pulut hitam, nugget ayam& daging dan akhir sekali kuih lapis.

      Majlis tersebut dimulai dengan acara menyambut ketibaan para VIP, bacaan doa, ucapan daripada Guru Besar SKTPP, Encik Sukimin bin Juki, ucapan wakil murid Tahun 6, adik Atiqah An-Nur bt Zainudin dan seterusnya acara makan malam bermula.

        Beberapa persembahan juga telah diadakan sebagai penyeri dan hiburan majlis tersebut. Antaranya persembahan Nasyid, nyanyian solo oleh adik Divya Rainjana, persembahan tarian daripada kelas 6 Unix, persembahan daripada wakil guru dan acara cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 10.15 malam.

           Berikut adalah paparan gambar-gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung.

Dewan Perdana yang telah berubah wajah sempena Majlis Makan Malam.

Pengacara majlis Pn.Rosmizawati dan En.Jamil

 Kek yang ditaja oleh pihak YAPAF CATERING.

Hadiah cabutan bertuah.

Upacara perasmian oleh Tuan Guru Besar, En.Sukimin bin Juki.

Suasana sekitar majlis yang gilang gemilang.

Amboi.. gaya sakan murid tahun 6.

Persembahan tarian yang mengasyikkan daripada murid kelas 6 Unix.

Persembahan akustik daripada adik Divya Rainjana dan Adelline Saffiya dari kelas 6 Xenix.

Adik Nor Dalila yang bertuah pada malam itu.

      Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ajk pelaksana, guru-guru  dan murid-murid yang hadir menjayakan majlis ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment