Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Hari ini, 19 Nov  (Isnin) - keputusan UPSR diumumkan.

 Hasil usaha murid selama 6 tahun dari tahun 1 hingga tahun 6,  sokongan serta dorongan dari ibubapa serta tunjuk ajar dan bimbingan guru diterjemahkan dengan keputusan yang didapati. Ada yang gembira, ada yang berduka. Tahniah kepada semua murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A. Buat murid yang kurang berjaya, teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan di masa depan.

Kepada guru-guru, tahniah dan syabas buat anda semua. Semoga kecemerlangan dan pencapaian ini dapat dipertingkatkan lagi di tahun-tahun akan datang. Terima kasih buat anda para guru SKTPP……

Sekadar perbandingan…..

Tahun
Bil. Murid
GPS
Bil 5A
% pencapaian
2012
278
2.02
27
82.02
2011
286
2.10
26
78.67

Untuk analisis keputusan penuh, sila klik di sini.

Sebagai tatapan kenangan













No comments:

Post a Comment