Monday, November 5, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-41 (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 5 November 2012
Masa : 7.30-8.00 pagi

Guru-guru Bertugas:
Encik Shahrizal Bin Ya’am (K)
Encik Mohd Kamarul Bin Abdul Rahman
Puan Noor Azila Binti Ngah
Puan Norasmawati Binti Omar
Puan Norhana Binti Nordin
Puan Rima Binti Maon
Puan Nor Azura Binti Mohammad Asir
Puan Norhafiza Binti Ismail

LAPORAN
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Dipimpinan oleh Intan Zulaikha
1.2 Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix)
1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Noor Azila Binti Ngah.
1.4 Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)

2. Laporan/ Ulasan guru bertugas minggu lepas (En. Ismarizal b. Ismail)
2.1 Beliau mengingatkan agar murid-murid mematuhi peraturan dan tidak berebut-rebut ketiga
membeli makanan di kantin. Juga murid perlu berbaris setelah tamat waktu rehat untuk
masuk semula ke dalam kelas masing-masing.
2.2 Murid juga diingatkan supaya memastikan keadaan bilik darjah ataupun kawasan
persekitaran sentiasa bersih.

3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas
3.1 PPKI
1.Sabar
2.Semangat
3.2 Tahun 4
1.Seraya
2.Meranti
3.Resak
3.3 Tahun 5
1.Merbuk
2.Kelicap
3.Merpati
3.4 Tahun 6
1.Windows
2.Xenix
3.Novell

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Puan Noor Azila Binti Ngah)
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
4.2 Tema minggu ini : Menyayangi harta benda sekolah

Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah
-Dapat mewujudkan suasanap engajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
-Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.
-Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat
kejayaan.
-Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. ---
-Supaya harta sekolah berada dalam keadaan selamat dan baik.

Antara peralatan atau harta sekolah yang perlu dijaga
-Bangunan
-Komputer
-Buku teks dan pinjaman buku perpustakaan
-Kerusi dan meja
-Peralatan sukan
-Papan tulis
-Tandas

Cara-cara menjaga harta sekolah
-Sentiasa menggunakan segala peralatan yang terdapat di sekolah dengan baik dan cermat.
-Menjaga dan menyayangi harta sekolah seperti menjaga harta kita sendiri.
-Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dengan baik
-Melaporkan kepada guru atau kepada pihak pentadbir sekolah jika terdapat mana-mana
kerosakan di sekolah.

4. Perkataan LAWAD
BM  : Bencana = bahaya/kecelakaan
BI    : Riot = rusuhan
BA   : Mirsamun = pensel

5. Pengumuman/Pemakluman

5.1 Penyampaian hadiah Pertandingan Inovasi dan Kerjaya

Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya memenangi hadiah bagi tempat
pertama,kedua dan ketiga bagi setiap kelas sempena Hari Inovasi dan Kerjaya yang telah
diadakan pada 22 Oktober 2012 yang lepas. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada
semua pemenang.




5.2 Penyampaian sijil bagi Pertandingan Kuiz Pendidikan Sungai dan Air SALCON Peringkat
Negeri Selangor

Seramai empat orang murid Tahun 6 sekolah ini telah memenangi tempat ke-4 dalam
pertandingan di atas. Berikut adalah nama senarai pemenang-pemenang tersebut :
1. Muhammad Kamal Aizam Bin Kamaruzaman
2. Nurin Nabila Binti Md Yazid
3. Nur Alia Husna Binti Azmaini
4. Muhammad Amreen Syahmi Bin Salahuddin






5.3 Pusat sumber SKTPP ditutup pada hari ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan
Puan Siti Rabiaah Binti Mohammad

Sesi perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi

Laporan disediakan oleh : Shahrizal Bin Ya’am

No comments:

Post a Comment