... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 7, 2012

PEMBERITAHUAN UNTUK IBU BAPA/PENJAGA MURID SK TAMAN PUTRA PERDANA


  1. Senarai nama pelajar mengikut kelas sesi persekolahan 2013 akan diumumkan melalui blog sekolah mulai 12 November 2012. Selain itu, ia juga akan ditampal di papan kenyataan sekolah berhampiran kedai buku dan di pondok jaga.
  2. Kedai buku sekolah akan mula dibuka pada 3 Disember 2012. Beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang, ditutup pada setiap hari Jumaat. Senarai buku 2013 boleh didapati dari kedai buku dan pejabat sekolah.
  3. Semua murid boleh mengambil buku teks untuk kegunaan 2013 pada 18 Disember hingga 20 Disember 2012 jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
  4. Hari Orientasi Tahun 1 - 2013 akan diadakan pada 18 Disember 2012 (Selasa) 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Semua murid dikehendaki memakai uniform sekolah. Para penjaga jangan lupa membawa fail yang telah diserahkan semasa hari pengesahan pendaftaran dahulu. ( Untuk yang telah menerima sahaja, yang tidak dapat akan diberikan pada Hari Orientasi)
  5. Sesi persekolahan tahun 2013:   
Sekolah akan mula dibuka pada 2 Januari 2013 (Rabu)
Sesi pagi : Tahun 4, 5, 6, Prasekolah dan Pendidikan Khas
Sesi petang : Tahun 1, 2, 3

Waktu Persekolahan
Hari Sesi Pagi Sesi Petang Prasekolah Pendidikan Khas
Mula  Tamat Mula  Tamat Mula  Tamat Mula  Tamat
Isnin 730 1320 1320 1840 730 1130 730 1320
Selasa 730 1250 1320 1840 730 1130 730 1250
Rabu 730 1320 1320 1840 730 1130 730 1320
Khamis 730 1250 1320 1810 730 1130 730 1250
Jumaat 730 1150 1420 1810 730 1130 730 1150
PENGUMUMAN KHAS

Semua murid dikehendaki hadir pada sesi pagi pada 8 November 2012 jam 7.20 pagi hingga 1.00 petang kerana sekolah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Persekolahan sesi petang ditangguhkan. Murid-murid tahun 1 hingga 6 akan bersekolah seperti biasa pada 9 November 2012 (Jumaat)

No comments:

Post a Comment