... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, November 5, 2012

LAWATAN PBS KSSR PEJABAT PELAJARAN DAERAH BENTONG, PAHANG

5 November 2012 seramai 40 orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Bentong, Pahang (PPD Bentong) telah hadir ke SK Taman Putra Perdana untuk lawatan PBS KSSR. Rombongan ini juga disertai oleh guru-guru daripada sekolah di daerah tersebut. Dr. Hajah Rahimah binti Adam, Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Lembaga Peperiksaan telah bersama - sama juga menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan PBS.  Hasil dari lawatan ini banyak perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan. Para pelawat berpuashati atas layanan dan ilmu yang diberikan. 

Fasilitator yang terlibat dalam lawatan ini ialah Pn. Siti Habsah Ahmad (PK Pentadbiran), Pn Jumilah Ahmad (S/U PBS), Cik Noor Azlinda Kasmin, Pn Wan Rosmawati Wan Ibrahim, Pn Suzelawati Zakaria , Pn Rashidah Mahmad dan Puan Kwa Jin Nee.

Berikut adalah paparan gambar-gambar yang diambil sepanjang lawatan tersebut: 
Ketibaan rombongan lawatan PPD Bentong.

Penerangan penggunaan komputer oleh Puan Jumilah di laluan patriotik.

Dr Hajah Rahimah Adam dari Lembaga Peperiksaan juga memberi taklimat.

Suasana di bilik mesyuarat.


Puan Siti Habsah menerima cenderamata daripada wakil PPD Bentong.

Bergambar kenangan

Jamuan makan di Pusat Sumber


Membuat lawatan ke bilik KSSR.








No comments:

Post a Comment