... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, November 17, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)

Tarikh : 17 November 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi
2. Puan Mazzaini binti Muda
3. Puan Azwani binti Noordin
4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Puan Norinna binti Mohamed

1. Laporan
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan doa oleh adik Mohammad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya).
  • Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Pazli bin Zawawi
  • Ikrar Murid oleh Penolong Ketua Pengawas adik Alani Fatini binti Azizul Shahril (6 Seraya)
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan A'isyah binti Mohammad Nor

  • Semua murid perlu mengambil berat tentang kebersihan diri, kelas dan sekitar kawasan sekolah. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua.
  • Pastikan suis kipas dan lampu mesti ditutup apabila meninggalkan kelas.
3. LAWAD
  • Bahasa Melayu : takjub - aneh, pelik, hairan
  • Bahasa Inggeris : songwriter - pencipta lagu
  • Bahasa Arab : rasmun - melukis
4. Ucapan guru bertugas oleh Encik Pazli bin Zawawi

    Tema: Aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah

  • Manfaatkan waktu cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, mengemas rumah, beriadah bersama keluarga, melawat tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
  • Mengurangkan masa melayari internet dan bermain games kerana aktiviti ini akan membuatkan ketagih. 
Guru bertugas minggu ini

5. Ucapan Puan Roslina binti Jafar, Penyelaras PPKI 
  • Menyatakan minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2014. Murid-murid akan mula bercuti pada 22 November 2014 hingga 4 Januari 2015. 
  • Mengingatkan kepada semua murid agar menggunakan masa cuti sekolah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 
  • Memaklumkan pada hari Khamis, 20 November 2014 akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah.

No comments:

Post a Comment