... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 7, 2014

Majlis Penutupan Program Awal Muharram & Majlis Tilawah Al-Quran 1436H/2014M (Sesi Petang)

Pada hari Jumaat, 14 Muharram 1436H bersamaan 7 November 2014 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana, telah berlansungnya Majlis Penutupan Program Awal Muharram dan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) bagi murid-murid Tahap 1.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin dan diikuti dengan ceramah oleh al-Fadhil al-Ustaz Razlan bin Ahmad yang menceritakan tentang Penghijrahan Nabi Muhammad SAW.

Bacaan doa oleh Al-Fadil Al-Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Penceramah jemputan Al-Fadhil Al-Ustaz Razlan bin Ahmad 

Antara gelagat murid yang dapat dilihat sepanjang program berlangsung....




Pn. Suzielawati menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz spontan

Sebelum berlangsungnya Majlis Penutupan Program Awal Muharram dan Majlis Tilawah Al-Quran ini, beberapa pertandingan telah diadakan bermula dari 03 November 2014 (Isnin) sehingga 06 November 2014 (Khamis), iaitu pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan, kuiz dan mewarna.

Antara gelagat murid ketika menyertai pertandingan mewarna...


Disediakan oleh:
Nor Azian binti Ahmad

No comments:

Post a Comment