Saturday, November 22, 2014

Hari Orientasi Tahun Satu 2015

Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam keadaa transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.

Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi tersebut. Murid-murid telah mendaftar di kelas yang ditetapkan terlebih dahulu untuk penyerahan Fail Murid. Kemudian murid-murid dibawa ke kelas yang ditetapkan untuk mendengar taklimat disiplin dan menjalani Ujian Diagnostik. Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.

Sementara murid-murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar ucapan Guru Besar dan beberapa taklimat di Dewan Perdana berkenaan dengan isiplin Murid yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita, Taklimat LINUS dan Minggu Transisi oleh Puan Jamilah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Ibu bapa turut hadir
Guru-guru yang terlibat
Murid-murid berbaris sebelum masuk ke kelas

Guru Besar bersama YDP PIBG dan PK Pentadbiran
SK Taman Putra Perdana

Murid-murid bersedia menghadapi ujian diagnostik
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar



Penerangan di stesen - Kantin

Beratur mengikut kelas sementara
Wajah kegirangan bakal murid tahun 1 2015
Berkumpul semula sebelum bersurai

No comments:

Post a Comment