Monday, November 3, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-41 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 November 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru Bertugas ;
1.  Encik Tarmiji bin Sabali
2. Puan Azura binti Asir
3. Puan Norsiah bt. Mohd Noor
4. Puan Nurulhuda bt. Hasbullah
5. Puan Astina bt. Mahat Nor
6. Puan Khaironnajmi bt. Haron
7. Puan Azlina bt. Mat Isa

1.0 Laporan

1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah SKTPP yang dipimpin oleh Puan Astina bt. Mahat Nor .

1.2 Bacaan Doa oleh pengawas, Mohd Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya)

1.3 Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nor Azura bt Asir

1.4 Ikrar Murid oleh Penolong Ketua Pengawas Alani Fatini bt. Azizul Shahrin (6 Seraya)

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Ahmad Musrizuan b. Daud)

2.1 Minggu lepas merupakan minggu peperiksaan dan peperiksaan berjalan dengan lancar.

2.2 Kebersihan kelas perlu dijaga untuk memastikan murid-murid dapat menjawab peperiksaan  dalam keadaan selesa.

2.3 Disiplin murid terkawal dan perlu diteruskan sehingga akhir tahun.

3.0 Perkataan LAWAD Minggu ini.

3.1 Bahasa Melayu : Takbur bermaksud persaan besar diri, atau angkuh.

3.2 Bahasa Inggeris : Wobble bermaksud bergoyang-goyang.

Bahasa Arab : Koryati bermaksud kampung saya.

4.0 Ucapan Guru Bertugas. (Puan Nor Azura bt. Asir)

Tema : Gaya Hidup Sihat

- Mengamalkan gaya hidup sihat. Jauhkan diri daripada merokok.
- Mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang untuk menjadikan badan kita menjadi sihat dan otak menjadi cerdas.
- Mengamalkan pengambilan makanan mengikut piramid makanan seperti makanan yang mempunyai khasiat karbohidrat, protien, vitamin, lemak dan mineral.
- Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan tetapi perbanyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti roti dan sebagainya.

5.0 Ucapan Puan Jamilah bt Arifin (PK HEM)

5.1 Pemulangan Buku Teks.
- Murid-murid perlu menghantar buku teks dengan lengkap dan sekiranya tidak lengkap murid perlu beli atau bayar semula sama dengan harga yang asal kepada guru kelas.
- Ini bertujuan untuk memastikan buku sentiasa mencukupi sehingga ke tahun enam.
- Buku yang ingin dihantar perlu diikat dengan tali rafia, dalam keadaan berbalut dan menghantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

5.2 Penghakiman Pertandingan Bilik Sumber PPDa Murid-murid diingatkan supaya menghafal misi dan visi PPda,maksud DARIH
- Murid juga diingatkan menunjukkan contoh tauladan yang baik semasa penghakiman tersebut iaitu pada hari Selasa 4 November 2014.

5.3 Menjaga Kebersihan sekitar kawasan sekolah.
- Murid diingatkan supaya menjaga kebersihan di sekitar kawasan sekolah, Sudut PPDa.
- Murid juga mesti membersihkan kelas.

6.0 Ucapan Pn. Hjh. Rohaidah Bt. Hj. Mohd Ali. (Guru Besar SKTPP)

6.1 Majlis Graduasi Tahun 6
- Puan Guru Besar sangat berpuas hati dengan sambutan Majlis Hari Graduasi Tahun 6 yang telah berlangsung pada hari Sabtu lepas iaitu pada 1 November 2014.
- Murid tahun 6 dinasihatkan supaya menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang.

6.2 Piala Malaysia 2014.
- Pn. Hjh. Rohaidah mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang telah menjuarai Piala Malaysia.
- GB meminta murid-murid mengambil iktibar kejayaan pasukan Pahang walaupun bermain dengan 10 pemain. Sesungguhnya kejayaan boleh dicapai walaupun kita merasa kekurangan asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

6.3 Hari Penghakiman Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri.
- Pn. Hjh. Rohaidah memberitahu murid bahawa esok iaitu pada hari Selasa (4 November 2014 ) merupakan Hari Penghakiman Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri.
- Murid diberi penegasan supaya menunjukkan bukti yang terbaik bahawa sekolah ini sangat serius dengan program PPDa ini.
- Puan Guru Besar memberi tips bagi mengingati misi PPDa dengan mudah dan cepat. Murid, guru dan staf sekolah ternyata dapat mengingatnya dengan cepat.
- Harapan Puan Guru Besar supaya semua warga SKTPP dapat memberi komitmen yang jitu dan terbaik semasa hari yang penting itu esok.

6.4 Perasmian Sambutan Maal Hijrah 1436 Peringkat Sekolah.
- Puan Guru Besar merasmikan sambutan Maal Hijrah 1436 yang bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" dengan memberi ucapan perasmian. Antara kandungan ucapan beliau:
             -  Mesti berubah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik.
             -  Perbanyakkan amal ibadah, bersangka baik dan memberi nasihat dengan hati yang ikhlas.
             -  Tingkatkan amal ibadat kita terutama solat fardhu.
             -  Murid dinasihatkan supaya mengambil bahagian dalam pertandingan sempena minggu Sambutan  Maal Hijrah yang akan diakhiri dengan ceramah pada hari Jumaat nanti.

7.0 Nyayian lagu nasyid "Maal Hijrah"

- Murid dan guru berdiri sambil menyanyikan lagu nasyid tersebut.

8.0 Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan November.

- Murid yang dilahirkan pada bulan November diraikan dengan nyanyian, acara potong kek, dan penyampaian saguhati daripada Pn. Hjh Rohaidah Bt. Hj. Mohd Ali.


        Pn. Azura Asir menyampaikan ucapan.

Alani Fatini Bt. Azizul Shahrin membaca ikrar murid.

En. Ahmad Musrizuan menyampaikan laporan minggu lepas.

Barisan guru bertugas pada minggu ini.

Pn Jamilah Bt. Arifin menyampaikan maklumat tentang HEM.

Pn. Hjh. Rohaidah, Guru Besar SKTPP memberi ucapan kepada murid.

  Barisan pentadbir, guru dan murid berdiri semasa menyanyikan lagu nasyid sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah.

 Murid yang lahir pada bulan November diraikan.

Disediakan oleh:
Pn. Azlina Bt. Mat Isa
Pn. Nurulhuda Bt Hasbullah 

No comments:

Post a Comment