Thursday, November 13, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2014

Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum SK Taman Putra Perdana telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Sufian.

Majlis khas ini diadakan bertujuan untuk menghargai semua murid atas kecemerlangan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada murid yang terlibat dengan setiap penyertaan di luar sekolah samada dalam koakademik mahupun kokurikulum. Selain daripada itu, turut diberi penghargaan ialah murid-murid yang berkhidmat dalam sekolah iaitu Pembimbing Rakan Sebaya dan Sahabat PPDa. Guru-guru yang membimbing dan melatih murid juga turut dirai tanda menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan.

Ayuh sama-sama kita saksikan bingkisan video Warna-warni Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum SKTPP. Reaksi ceria penerima-penerima anugerah telah membangkitkan lagi seri majlis pada hari ini.

                                        

No comments:

Post a Comment