... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 26, 2014

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2014

   Setelah sekian lama, akhirnya detik yang ditunggu-tunggu iaitu tanggal 26 November 2014 pun tiba. Bersama semua murid Tahun 6 di seluruh negara, SK Taman Putra Perdana menerima kunjungan murid-murid tahun 6 serta ibu bapa / waris / penjaga bagi menerima keputusan UPSR pada tahun ini. Pelbagai ragam kelihatan sebelum keputusan diperolehi. Semua murid dan ibu bapa berkumpul di dewan terbuka. Murid-murid beratur dalam barisan kelas masing-masing dengan perasaan yang bercampur baur dalam kegembiraan berjumpa rakan serta kerisauan untuk menerima keputusan UPSR.

   Majlis bermula jam 11.00 pagi dengan bacaan doa dari Ustaz Zurilazman dan disusuli pula dengan ucapan YDP PIBG - Tuan Haji Khairul bin Mohd Suffian. Akhir sekali ucapan yang penuh bersemangat dari Guru Besar SKTPP - Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali. Guru Besar turut mengumumkan bahawa Daerah Sepang menduduki tempat ke-4 terbaik dalam Negeri Selangor. Bagi SK Taman Putra Perdana pula terdapat 22 orang yang mendapat 5A dan 36 orang yang mendapat 4A 1B, GPS 2.15 dan peratus lulus keseluruhan 75.87%. Beliau berbangga dengan keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada semua 309 orang murid Tahun 6 tahun ini. Beliau juga berharap pada tahun hadapan keputusan akan lebih cemerlang dengan usaha murid-murid dan para guru yang tidak mengenal jemu. Selaku Guru Besar beliau akan terus menyokong segala aktiviti yang melibatkan kecemerlangan murid-murid khasnya calon UPSR.

Berikut adalah nama calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2014:

"TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA SEMUA"

1. ANIQ IQBAL BIN ZULKARNAIN 
2. MOHAMMAD FIRDAUS BIN FAUZAN
3. MOHAMMAD IRFAN RAHIMI BIN MOHD MARZUKI
4. MUHAMMAD AIMAN FIKRI BIN AHMAD IDRIS
5. MUHAMMAD ILHAN EL EMIN BIN MUHAMMAD FIKRI EL EMIN
6. MUHAMMAD IRFAN NAQIB BIN MOHD NAZARUDDIN
7. AINNUR SYUHADA BT RAZMI
8. ALYSA SOFEA BT AHMAD FUAT
9. NEA SOPHEA BT MOHD SHAHIR
10. NUR HANISA BT HISHAMUDIN
11. NUR AINA BATRISYIA BT MOHD AMIN
12. NUR AMIRAH BT MOHD FAUZI
13. NUR FARAH IWANI BT JAMSARI
14. NUR QISTINA BT SUHAIMI
15. SYANIZ SYAZA BT HALID
16.SYED NOORAIMAN HAKIM BIN SYED NORNEKMAN
17. MUHAMMAD HAZIQ BIN AFFENDI
18. IRA SYAZLYANA BT MOHD SAIFUL NIZAM
19. NUR IRDINA ALYA BT ZAIME
20. SITI AISYAH BINTI KAMARUL ZAMAN
21.AFNAN DANIEL BIN KHAIRUL FAIZI
22. MOHAMMAD DANIAL HAQEEM BIN AZMAINI.

Berikut adalah gambar sepanjang Majlis Penyampaian Keputusan UPSR:

Wajah kegembiraan 22 murid yang mendapat 5A..Tahniah......
 Adik Nur Amirah bt Mohd Fauzi antara yang mendapat 5A
 Sebelum majlis di mulakan. Pelbagai aksi murid yang mencuit perasaan
Ucapan penuh semangat dari Guru Besar Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali

No comments:

Post a Comment