Saturday, November 8, 2014

Pemilihan Permata Insan 2014

Permata Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia. Falsafah kewujudannya ialah berorientasikan keilmuan Islam yang berasaskan sumber asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Fokus utama dalam program yang dirancangkan di bawah akademi ini adalah pembangunan modal insan dalam kalangan kanak-kanak berumur lapan (8) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan naqli.  

Program Permata Insan merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Program ini juga telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri sendiri di Universiti Sains Islam (USIM) pada 12 Mac 2010.
Dengan tertubuhnya sebuah akademi seperti ini, pastinya dapat membantu dan mempertingkatkan lagi usaha kerajaan untuk memperluaskan pendidikan kepada kanak-kanak dari awal usia dan sekaligus membantu kanak-kanak pintar ini menentukan halatuju masa depan mereka dengan lebih jelas.
Hasil daripada ujian yang telah diduduki TAHNIAH diucapkan kepada dua orang murid SKTPP dari tahun dua yang berjaya dipilih ke PERMATA INSAN sesi 2014 iaitu:

1. Hana Saffiyah bt Mohd Hairil Izzuan
2. Hanna Safea bt Rashid

2 murid Permata Insan yang terpilih bagi tahun 2014

 Hanna Safea bt Rashid
  Hana Saffiyah bt Mohd Hairil Izzuan
  Hanna Safea bt Rashid dan Hana Saffiyah bt Mohd Hairil Izzuan
"BENCI DADAH"

No comments:

Post a Comment