Saturday, November 1, 2014

Hari Graduasi Tahun 6 Kohort Kayu-kayan

Pada tanggal 1 November 2014, telah berlangsung dengan penuh meriah, majlis yang membawa sejarah bagi murid-murid tahun 6 iaitu Hari Graduasi Tahun 6 / 2014. Majlis yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Guru Besar dan diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Sufian. Hari Graduasi Tahun 6 kohort kayu-kayan ini telah diserikan lagi dengan pelbagai acara menarik sebagai selingan kepada penyerahan skrol kepada semua graduan. 

Majlis ini dilaksanakan dengan tujuan bagi meraikan dan menghargai murid-murid Tahun 6 sebelum menamatkan zaman sekolah rendah mereka. Selain daripada itu, program ini diharapkan dapat menimbulkan rasa cinta dan sayang mereka kepada sekolah sebagai tempat menuntut ilmu. 


Berikut dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung....


Disediakan oleh,
Pn Khaironnajmi binti Haron
Pn Rosmawati binti Desa

No comments:

Post a Comment